Juventus muncul juara Piala Super Itali selepas menewaskan Napoli di Stadium Mapei. - Foto AFP
Berita Harian
REGGIO EMILIA, Itali: Andrea Pirlo memenangi trofi pertamanya sebagai pengendali selepas Juventus menewaskan Napoli 2-0 dalam saingan Piala Super Itali.
Cristiano Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-64 aksi di Reggio Emilia, sebelum kapten Napoli Lorenzo Insigne gagal menyempurnakan penalti dan Alvaro Morata memastikan kemenangan dalam masa kecederaan.
Juventus memenangi trofi tahunan, yang menjadi rebutan juara bertahan Serie A dan Piala Itali, buat kali kesembilan, selepas tewas kepada Lazio tahun lalu.
Pirlo memenangi trofi pertamanya lima bulan selepas menjadi pengendali di kelab lamanya itu.
Ia adalah pertemuan pertama antara Pirlo dan pengendali Napoli Gennaro Gattuso, rakan sepasukannya ketika Itali memenangi Piala Dunia 2006 dan sedekad di AC Milan - di mana mereka mengumpul dua gelaran Serie A dan dua trofi Liga Juara-Juara. |