Pemain Lazio, Vedat Muriqi (tengah) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menundukkan Parma di Stadium Olimpico. - EPA
Berita Harian
MILAN: Jaringan sendiri lewat permainan oleh penjaga gol Parma, Simone Colombi membolehkan Lazio mara ke suku akhir Piala Itali sebentar tadi apabila menang 2-1 di Rome.
Pemain tengah Lazio, Marco Parolo meledak gol pertama hasil hantaran Andreas Pereira pada minit ke-23 pada pertembungan kelompok 16 terakhir itu.
Namun Parma bangkit apabila Valentin Mihaila menyamakan kedudukan buat pelawat berbaki tujuh minit permainan di Stadio Olimpico.
Ketika perlawanan tampak akan menghala ke tambahan masa, Vedat Muriqi menanduk ke arah gol pada minit ke-90 dengan bola terkena palang dan melantun kepada ke arah Colombi sebelum menerjah gawang.
Juara tujuh kali, Lazio yang kali terakhir menang trofi berkenaan pada 2019, akan menentang Atalanta di Bergamo Rabu depan untuk tempat ke separuh akhir.
Pencabar dari bandar yang sama, Inter Milan dan AC Milan akan bertemu pada kelompok lapan terakhir pada Selasa.
Penyandang gelaran, Napoli akan berdepan Spezia manakala Juventus menanti kehadiran pasukan Serie B, SPAL. |