CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 0

Villa Tambah Derita Newcastle

[Copy link]
Post time 24-1-2021 05:39 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Aston Villa Ollie Watkins memujuk pemain Newcastle United Jeff Hendrick (kanan) selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris di Villa Park. - Foto AFP


Berita Harian

LONDON: Larangan berada di tepi padang ke atas pengendalinya Dean Smith tidak menjadi masalah buat Aston Villa untuk menewaskan Newcastle 2-0 di laman sendiri.

Jaringan awal Ollie Watkins meletakkan Villa di depan, dengan Bertrand Traore memastikan kemenangan sebelum rehat.

Kemenangan di Villa Park menyaksikan kelab Birmingham itu melonjak ke tangga kelapan Liga Perdana Inggeris.

"Saya rasa kami beraksi baik terutama di babak pertama. Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol di babak kedua," kata Smith yang dilayangkan kad merah kerana membantah pengadil ketika kekalahan 2-0 di tangan Manchester City Rabu lalu.

Kekalahan liga keempat berturut-turut - dan kelima dalam semua pertandingan selepas disingkirkan Arsenal dalam saingan Piala FA - menyaksikan Newcastle tergelincir ke tangga ke-16 liga, tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Pengendali Magpies Steve Bruce membuat empat pertukaran ke atas skuad yang tewas kepada Arsenal, dengan Javier Manquillo, Fabian Schar, Isaac Hayden dan Jeff Hendrick kembali memperkuat pasukan.

"Malangnya kami memberikan mereka gol dan selepas itu ia menjadi sukar.

"Namun saya berpuas hati pada sebahagian besar permainan. Masih banyak yang perlu diperbaiki," kata Bruce.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.476598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list