Edited by divakah at 25-1-2021 11:26 AM
Salam.. harap semuanya sihat and staying safe.
Aku ada benda nak luah dan nak minta pendapat. Mcm ni, aku dah berstatus single-mom 3 tahun..sepanjang bercerai anak2 duduk dgn aku, my ex ambik seminggu sekali..no black and white, just co-parenting dan tidak ada issue/restrictions di pihak aku if ayahnya nak ambil lebih dari sehari. Brief background on the divorce adalah kerana mental and physical abuse..kawen for 6+years, ada 2 org anak. Sejak dari bercerai, mahupun sejak kawen, tanggungjawab terhadap anak2 memang berat pada aku. Dari bayaran pengasuh, transportation, yuran, monthly, mostly by default under aku..zaman kawen, takpe niat nak bantu suami dgn harapan bila dia lebih mampu dia akan take over.. never happen
So aku ada 2benda yg aku nak mintak pendapat kat sini:
1) Ex masih lagi suka buruk2kan aku pada anak2, contohnya… reason cerai sebab aku yg taknak berbaik, aku yg tak dengar kata dia.. etc etc. walaupun dah bertahun2 bercerai.. baru2 ni anak aku yg besar tu tanya aku kenapa tak maafkan bapak dia.. kenapa taknak berbaik, mcm2lah. Aku tanya anak aku, ada tak bapak dia cerita apa salah bapak dia pulak..dia cakap takde, sebab tu dia nak tanya aku, apa yg bapak dia dah buat. Sayu sangat aku rasa.. kenapa lah anak aku pulak kena pikir benda2 ni. Ex aku macam suruh anak2 take side. Aku selalu ckp kat anak2 aku, yg penting both of us sayang anak2 sgt, dan kita try yg terbaik dlm apa2 jugak situation.. and aku pesan jgn fikir lagi dah benda2 ni.. So apa cara terbaik aku tackle hal ni?
2) Nafkah anak2 yg memang culas dari awal– aku dah filekan tuntutan nafkah, namun atas dasar belas dan bila aku tengok detail breakdown gaji dan expenses dia, aku setuju untuk settle dgn amount rm400 sebulan utk 2 anak2, ni termasuk byran pengasuh, makan, tmpat tinggal,dan lain2 basic necessities. Walaupun aku nampak dari segi rasa tjwb seorang bapak tu memang takde pada dia.. kenapa aku ckp mcm ni, sebab dia boleh commit loan2 lain dalam RM2k sebulan, tapi nafkah anak2 tak boleh bagi sebab takde extra. Reason aku tak panjangkan issue ni adalah sebab aku takut bila depan hakim, most probably aku akan dapat amount yg sepatutnya diberi.. knowing dia seorang yg jenis akan buat apa sahajademi puaskan hati dia, aku takut dia lepaskan tak puas hati kat anak2. Eg. Dia tau aku sgt protective towards anak2, kalau dia bengang dgn aku, anak2 aku yg kena tempiasnya.. contoh, dia taknak jumpa anak2, etc etc. Aku rasa nak inform parents dia pasal ni, sebab kalau ikutkan, selepas ayah, parents dia adalah no 2 yg btjwb tentang nafkah anak2, but I don’t know if I should.
Sekian sahaja..luahan hari isnin.. hargai setiap nasihat, pandangan mahupun kecaman. Thank you!
|