CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4726|Reply: 20

Kawan apa macam ini? (Rant)

[Copy link]
Post time 28-1-2021 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai, assalamualaikum semua...
Hari ni terasa sedih (dan kecewa) dengan kawan yang saya jumpa semula, terumata sekali apa yang dia buat semalam.

Saya dulu kenal dia sejak sekolah rendah lagi, tapi terpisah lepas upsr kerana saya dan dia bersekolah di lain lain tempat bila masuk sekolah menengah. Dulu selalu main sama2, rehat makan semeja and so on. Baru-baru ni saya bertemu semula dengan dia dan dapat tahu dia bekerja jadi rider hantar barang/makanan. Jadi saya pon ada buatlah tawaran pada dia untuk jadi part-timer(kami bayar) untuk bantu perniagaan yang saya baru sertai ni. Mula-mula tu semuanya nampak okay dan saya serta boss saya fikir yang dia ni boleh lah diharapkan.

Ada satu hari ni, dia cakap dengan saya yang dia ni tak suka pinjam pinjam duit orang dan cerita yang dia perlukan duit untuk kenderaannya dan tawarkan diri dia untuk kerja full-time beberapa hari. Memandangkan saya rapat dengan boss saya, dia mahukan saya bagitahu benda tu pada boss saya tapi saya bagitahu dia terus terang yang saya ni bukanlah boss boleh suka-suka keluarkan duit. Jadi saya minta dia jumpa boss saya pagi-pagi (boss saya selalunya ada waktu pagi) dan bincangkan perkara ini dengan boss saya.

Tup-tup lepas tu saya tahu cerita the next couple days yang boss saya cuma bagi duit advance begitu je pada kawan saya. Baik sangat boss saya.

Jadi tibalah satu hari ni dimana dia janji mahu datang, tapi tak datang-datang. Apatah lagi khabar dari dia selama sehari. Rakan sekerja saya ni hari tu kata,
“Mana kawan hang tu? Tak mai mai pun.”
“Kawan hang ni semua haprak haprak je.”
“Bagi duit terus tak mai dah”
Mulut rakan sekerja saya ni boleh lah tahan jugak lasernya. Tapi saya waktu itu hanya mampu husnuzon sahajalah. At the end of that day, saya yang mula mesej kawan saya ni. Kawan saya cerita yang membernya accident kat federal highway dan koma jadi dia tak dapat datang. Saya pun macam hmmmm sahaja lah dan suruh dia datang esok pagi.

Next day, sama juga tak datang. Okay. Jadi mesej dia lagi please datang esok pagi.

Next day, datang BELAH PETANG PULA! Waktu dah habis rush hour laaa dia datang. Lepas tu dia kata,
“kalau ada kerja bagitau ye”
waktu saya tengah busy layan customer. Lepas tu dia belah. Macam WTH sangat! Kata nak kerja dari pagi, asal datang petang??? Dah takde kerja tanya laaa. Ini belah gitu je. Urghhhh

Couple days later, which was yesterday, saya contact dia minta datang dan urgent. Dia kata nak datang. Tapi haprak jugaaaaaaak! After multiple times of calling, lepas 4 jam baru datang! Hujan pulak tu! Pastu bagi alasan ini itu. Lepastu waktu last call tu, hujan dah tak selebat mana, sikit sikit je, call dia suruh datang, dia boleh pulak tanya KALAU DIA BUAT ORDER NI DENGAN REDAH HUJAN (yang tak seberapa lebat) BERAPA???

GG BETUL MAMAT NI! BOSS AKU DAH ADVANCE DATANG JE LAAAH. BENDA NI BOLEH BINCANG LEPAS SIAP! ORANG CALL BANYAK KALI BUAT APA? MAIN MAIN KE??? INGAT AWEK DIA KEE CALL SAJE-SAJE??? kata aku dalam hati aku. Kecewa sangat-sangat.

Dan dia pun datang waktu hari dah mula gelap. Kira-kira 4 jam dari saya mula contact dia, baru dia nak tiba.

God I am hating myself just for this damn joke. Don’t know why I have this kind of friend. Orang buat bisnes, dia boleh buat begitu. Duit yang dia hutang pun belum bayar lagi. Katanya gaji akan masuk 25 ritu baru dia bayar balik tapi satu sen pun belum bagi.

Now the words that one of my classmate used to say suddenly came to my mind, “Kau bukannya budak kelas [nama kelas] pun!” Padahal aku memang kelas diorang... It makes me wonder if all of them are even my friends now. Maybe saya syok sendiri je waktu tu...

tldr: jumpa semula kawan lama, offer kerja, dia terima, after few days dia offer untuk kerja full time untuk upah advance tapi tak fulfill dengan baik pun.

Sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye jai dpt member xbaik mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 02:02 AM | Show all posts
takpe la nasi dah jadi bubur. hutang dia dgn boss awak tu antara dorang la, bukan tgjawab awak pun.
skrg sy cadangkan block je kawan tu tak payah contact dah.
pasal kawan2 sekelas lain tu, move on je zaman sekolah ni tak significant pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 29-1-2021 02:02 AM
takpe la nasi dah jadi bubur. hutang dia dgn boss awak tu antara dorang la, bukan tgjawab awak pun.
...

Walaupun hutang itu antara dia dan boss saya, rasa kecewa dalam hati ni hanya Allah je yang tahu sebab saya kerja dengan boss saya since first day buka perniagaan ni selepas previous business boss saya merudum sejak tahun lepas kerana PKP. Tapi bila boss saya bayar advance kat dia dan kata pada saya bila saya tanya,
“Nak tolong budak budak melayu muda kita sekarang ni,”
ini yang kawan saya balas? Kali pertama saya hadap janji melayu yang paling hampeh dan mengecewakan dalam hidup saya. Dan melayu tu, kawan saya sendiri. Cukup kecewa. Hari ni pun dia masih tak hadir ke tempat kerja. Janji janji manis dia

Tentang block dia tu, saya tak pasti nak buat atau tidak sebab dalam hati saya tak mahu putuskan hubungan ni macam tu je. Baru je jumpa balik, dah nak putus cara gini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 10:17 AM | Show all posts
tu sbb aku pun tak berani nak recommend kan apa2 yg libatkan org lain.
sbb partly kita mmg kena bertanggungjawab atas apa2 yg  dia buat.


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah malunya dgn bos dgn ofismate semua
Mmg lh die jumpa direct psl advanced tu
Tp still lh
Dtgnya die kt situ ats ur recommendation
Terkesan lh jgk


Anyway idk what to say
Klu uols jenis kering maki org, maki kn aje
X bnyk sikit mesti melekat igt smpi bila2

Klu dh kol msg ape x reply
Uols doa je bnyk2 mntk dimudahkan ur part and his part
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 12:28 PM | Show all posts
sbb tu la dia jd mcm tu,xkemana hidup dia dengan perangai haprak mcm tu,org mcm tu xkan berjaya ...

kita kalau x belajar tinggi pun,xde jawatan tinggi pun kalau kita org yg amanah jujur dan displin kita boleh berjaya,walau x kaya tapi boleh la jd org yg berguna,

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:29 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 31-1-2021 08:11 PM
Alah malunya dgn bos dgn ofismate semua
Mmg lh die jumpa direct psl advanced tu
Tp still lh

sbb tu x suke recomand kawan2 atau saudara mara kerja sekali,kena buat taik kita tercalit sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 2-2-2021 12:29 PM
sbb tu x suke recomand kawan2 atau saudara mara kerja sekali,kena buat taik kita tercalit sekali

Mmg pun
Even kje psh


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 08:04 PM | Show all posts

kalau psh senang,lepas 3 bulan out hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 2-2-2021 08:04 PM
kalau psh senang,lepas 3 bulan out hahahaa

Kt ofis ni renew selagi dorg nk kje
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 08:31 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 2-2-2021 10:22 PM
Kt ofis ni renew selagi dorg nk kje

kan senang mcm tu,dah mcm xnk keje out je lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kawan makan kawan ni.. Sabar je la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak dan husband ada pegang satu prinsip.  Ak tolong kawan utk job, kita kena tahu job background & history dia dan jgn mudah percaya. Walau rapat mcmana pun, jgn terlalu mudah percaya dia ialah dia yg ditunjukkan dan diceritakan tu. Biasanya kalau dia ceritakan sikap2 dia yg baik, mesti dia sebaliknya.. At least in general, memang gitu. Xde org yg nak puji diri sendiri kalau xde sebab..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 2-2-2021 12:29 PM
sbb tu x suke recomand kawan2 atau saudara mara kerja sekali,kena buat taik kita tercalit sekali

Anak buah pun kami berhati2 kalau nak recommend kerja. Sebab prestasi kerja dia tu nanti akan terpalit kat kita sekali. Kalau elok prestasinya, kita pun lega. Xde la org dok cakap, kau yg recommend dia ni kan dulu?zz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 2-2-2021 04:36 PM
Mmg pun
Even kje psh

Maaf tanya, psh tu apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
J4I replied at 16-2-2021 03:38 PM
Maaf tanya, psh tu apa?

Pekerja sambilan harian

Gaji ikut hr dtg bekerja
Klu sebulan 23 hari, kali lh dgn 100 klu dpt gred 41

Tp start thn ni dh xde
Ganti dgn mystep
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan u main barang kottt..orang main barang mulut manis,suka bohong.adaaaaa jer alasan yang diberi bila kantoi.hati hati ya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 04:36 PM | Show all posts
byk jer benda mcm ni berlaku
kita niat nk menolong tp kesudahannya kita gak yg rs malu dan segan
pernah terjd dlm hidup kaka itu yg cam serik nk rekemen kwn2 atau family sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 18-2-2021 04:36 PM
byk jer benda mcm ni berlaku
kita niat nk menolong tp kesudahannya kita gak yg rs malu dan segan
...

Kan?
Kita buka satu peluang untuk mereka atas niat yang baik sebagai kawan tapi dilayan sebegini rupa. Tak cukup dengan itu, apa yang mereka dah cukup untuk conteng arang kat muka kita.

Benda ni buatkan saya tertanya samada diorang ni ambil serius tentang ni dan anggap saya ni seperti kawan mereka atau cuma untuk ambil kesempatan sahaja.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.271713 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list