CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1749|Reply: 0

[JOHOR] Stadium Tertutup MBPG Jadi Pusat Kuarantin

[Copy link]
Post time 28-1-2021 10:23 PM | Show all posts |Read mode

Lawatan kerja beberapa agensi kerajaan ke Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang. FOTO/IHSAN JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR


Harian Metro

Nurul Amanina Suhaini
[email protected]

Johor Bahru: Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dijangka dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihaknya menjangkakan ia akan beroperasi dalam tempoh terdekat.

"Benar. Masih dalam proses persiapan dan melengkapkan.

"Kapasiti dan tarikh beroperasi belum ditentukan, tapi cuba dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerusi laman sosial Facebook (FB) rasminya memuat naik lawatan kerja ke Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Kenyataan itu turut memaklumkan lawatan dihadiri Pegawai Kanan JKNJ, MBPG, Pejabat Daerah Johor Bahru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Pengurusan Johor.

"Ia bertujuan penyediaan PKRC COVID-19 Johor. Semoga usaha ini berupaya membendung penularan Covid-19 di Johor," kata kenyataan itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.191162 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list