View: 2301|Reply: 2
|
Khasiat Beras Perang Untuk Kurus Secara Sihat
[Copy link]
|
|
Khasiat Beras Perang Untuk Kurus Secara Sihat
Beras perang mampu memberikan anda energi yang berganda sekaligus buat anda cepat kenyang ketika menjamahnya. Anda juga akan kenyang lebih lama. Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar.Beras perang merupakan sejenis biji-bijian semula jadi yang lengkap. Rasanya seperti berkacang dan lebih kenyal serta berkhasiat daripada beras putih. Ini saya sarankan anda amalkan beras perang kerana terdapat banyak khasiat beras perang untuk kesihatan anda.
Beras perang kini adalah lebih mahal berbanding beras putih. Namun, ramai yang tak tahu perbezaan antara beras putih dan beras perang. Beras perang adalah lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih yang biasa dimakan.
Jika dilihat dari segi luaran, beras perang kelihatan sama dengan beras putih tetapi apa yang membezakan adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut.
Beras perang dan beras putih mempunyai jumlah kalori, karbohidrat dan protein yang seakan-akan sama. Perbezaan utama diantara kedua-dua beras ini bergantung kepada cara pemprosesan dan kandungan zat.
Hanya lapisan luar benih beras dialihkan dan menghasilkan beras perang. Untuk menghasilkan beras putih, lapisan berikutnya (sekam dan germ) akan dialihkan dan meninggalkan endosperm yang berkanji. Beberapa vitamin dan dietary minerals hilang dalam pengalihan ini dan juga dari proses pengilatan. Sebahagian dari zat makanan yang hilang ini ialah seperti vitamin B1, Vitamin B3 dan besi.Oleh sebab itu, ramai di antara kita lebih menggemari beras putih kerana ia lembut dan cepat dimasak berbanding beras perang yang agak keras.
Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi. Ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.
10 Khasiat Beras Perang
1.Mengurangkan risiko kanser kolon
Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.
2.Mencegah sakit jantung
Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.
3.Perlindungan daripada kanser payudara
Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.
4.Mengurangkan kolesterol
Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.
5.Mengekalkan berat badan seimbang
Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis
6.Membantu penghadaman
Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.
7.Mencegah batu karang
Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.
8.Mengawal kadar gula dalam darah
Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Ia mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.
9.Makanan bayi yang sempurna
Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.
10.Tulang yang sihat
Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cara Memasak Beras Perang :
Untuk mendapatkan nasi dari beras perang yang enak tanpa mengurangkan kandungan khasiatnya, ikuti cara memasak beras perang ini.
Memasak beras perang memerlukan waktu yang lama berbanding beras putih dan ia juga memerlukan penggunaan air yang banyak. Nasi dari beras perang boleh menjadi mentah jika dimasak dalam waktu yang singkat.
Sebaiknya, jangan gunakan rice cooker untuk memasak beras perang kerana nasi dari beras perang akan menjadi kurang masak. Gunalah cara tradisional untuk memasak nasi dari beras perang ini.
Untuk mendapatkan nasi yang lembut, sebaiknya beras perang direndam dahulu selama setengah jam setelah dicuci bersih.
Ketika menanak nasi dari beras perang ini, gunakan air yang banyak berbanding nasi dari beras putih.
Setelah nasi yang dimasak sudah kering airnya, itu bermaksud beras perang tadi telah separuh masak.
Kemudian, kukus semula nasi tadi supaya ianya lebih lembut. Ingat, panaskan dahulu air sebelum mengukus nasi tadi.
Jangan menutup nasi terlalu lama setelah masak kerana ia boleh membuatkan nasi bertambah lembik.
Jangan menggunakan api yang terlalu kuat kerana air akan cepat kering sebelum nasi tadi sempat masak. |
|
|
|
|
|
|
|
Beras biasa juga kena dgn tekak...huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|