CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8727|Reply: 18

Mana pulak dah datang Habuk Dan Debu Dalam Rumah Kita?

[Copy link]
Post time 5-2-2021 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Mana pulak dah datang Habuk Dan Debu Dalam Rumah Kita?


Pernah tak anda tertanya-tanya dari mana datangnya habuk dan debu dalam rumah walaupun sudah kerap membersihkan ruangan rumah? Pasti letih bukan setiap hari perlu membersih dan membuang habuk dalam rumah lebih-lebih lagi pada tempat yang tinggi dan tersorok.

Sekiranya anda atau salah seorang ahli keluarga yang mempunyai alahan pada habuk pasti anda sedaya upaya mencari alternatif lain untuk menghilangkan habuk dan debu supaya tidak akan muncul semula.

Anda perlu tahu, komponen yang terdapat pada habuk di rumah sedikit sebanyak akan memberi kesan pada paru-paru dan kesihatan secara keseluruhan.



Habuk atau debu yang sering muncul di rumah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah faktor di mana anda tinggal, musim, bilangan orang yang berada di dalam rumah, haiwan dan banyak lagi. Walaupun kelihatan habuk dan debu seperti perkara kecil, namun anda juga perlu beri perhatian kerana ia melibatkan kesihatan anda sekeluarga di dalam rumah.

Bagaimana habuk dan debu boleh ada dalam rumah?

Debu boleh dilihat dari pelbagai sudut di dalam rumah seperti di atas almari, di celahan pasu, bahagian rak dapur dan sebagainya. kadangkala setelah dibersihkan ia akan muncul semula setelah 2 atau 3 hari.



Debu pada dasarnya adalah gabungan zarah dari luar dan juga dalam yang terapung di udara dan wujud pada setiap permukaan.

Satu kajian dilakukan oleh Beamer yang mendapati bahawa habuk dan debu yang boleh terjadi di dalam rumah adalah mengikut iklim, usia rumah, jumlah yang tinggal di dalam rumah, kerja harian memasak dan tabiat merokok di dalam rumah. Boleh dikatakan sebahagian besar habuk datang 60% dari luar iaitu melalui tingkap, pintu, dan tapak kasut.


Selain itu, Beamer juga menyatakan bahawa habuk dan debu yang terdapat dalam rumah adalah dari sel-sel kulit mati yang terhasil dari manusia, cebisan kain dari permaidani, lapisan perabot yang terhakis dan juga debu tanah dan zarah-zarah yang diterbangkan dari udara luar ke dalam rumah.

Apa akan berlaku jika bernafas pada tempat yang banyak debu dan habuk?



Secara amnya, debu bukan sahaja akan menjadikan rumah anda kotor, malah berupaya mempengaruhi kesihatan anda sekeluarga. Oleh itu, seberapa banyak debu dan habuk yang ada di dalam rumah dapat menentukan saluran pernafasan anda agak kurang baik.


Zarah debu dan habuk yang tebal sebenarnya boleh terperangkap di hidung dan juga mulut ketika anda sedang bernafas. Justeru, zarah debu dan habuk yang halus pula berisiko menembusi ke paru-paru hingga diserap terus ke saluran darah.

Selain itu, faktor lain yang boleh mempengaruhi kesihatan anda ialah jumlah habuk di udara dan berapa lama anda terdedah kepadanya. Sebilangan habuk yang kecil boleh menjadikan seseorang mengalami alergi dan boleh juga menjadi kegatalan pada kulit.

Kesimpulan

Membersihkan rumah dari segala habuk dan debu sememangnya penat jika kerap melakukan kerja tersebut. Namun anda juga perlu fikir tentang kebersihan dan kesihatan yang akan berlaku kepada anda dan juga keluarga di dalam rumah.

Jangan biarkan habuk yang nipis menjadi semakin tebal kerana ia boleh menjadikan seseorang itu mengalami kesukaran bernafas dan akhirnya akan diserap ke paru-paru.

Oleh itu, ambil sedikit masa untuk membuang habuk di dalam rumah supaya rumah kelihatan bersih sekaligus mengekalkan udara yang nyaman dan segar.

Sumber : Molekule.Science, Architectural.Digest



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kipas dlm bilik, 3 minggu dah berat dgn habuk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 08:14 PM | Show all posts
beli air purifier. 140 je kat shopee. spare filter pula satu 25.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 08:39 PM | Show all posts
Lagubestbest replied at 5-2-2021 08:14 PM
beli air purifier. 140 je kat shopee. spare filter pula satu 25.

boleh settle masalah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 08:58 PM | Show all posts
piao replied at 5-2-2021 08:39 PM
boleh settle masalah ke?

Sapu/ mop/ vacuum tetap kena buat. Tapi setel masalah habuk berterbangan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 10:43 PM | Show all posts
tahap humidity di Malaysia sangat tinggi..
duduk semua jenis rumah pun tetap berhabuk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq info...kena rajin cuci rumah hari2 nampaknya...bukan sekadar menyapu lantai...tapi keseluruhan....demi kesihatan bersama sefamily...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 5-2-2021 08:14 PM
beli air purifier. 140 je kat shopee. spare filter pula satu 25.

Tak berapa berhasil, kena juga sapu, lap & mop... nak buat hari2 tak mampu, 2-3 hari kena buat juga at least kat bilik anak i yg hidung sensitif tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2021 08:06 AM | Show all posts
Rumah aku juara habuk..huhu..kalau 3,4 hari tak vacuum, bole nampak habuk bergumpal atas lantai..huhu..nasib dapat daily maid..dia rajin basuh kipas segala..tak larat aku nak buat sorang2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2021 10:48 AM | Show all posts
shop_girl replied at 9-2-2021 08:06 AM
Rumah aku juara habuk..huhu..kalau 3,4 hari tak vacuum, bole nampak habuk bergumpal atas lantai..huh ...

mcm mana boleh berhabuk kan... mgkin sbb rumah bawah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 11:07 AM | Show all posts
setiap minggu vacuum rumah memang berabuk....

sebelum ini gunakan vacuum biasa...jenis pakai bag....tapi kos mahal/dan susah dapat filter....masih berabuk juga.....sebab 10%  habuk halus yang kita vacuum akan keluar di bahagian ekzos motor belakang vacuum.

tukar kepada jenis vacuum bagless yang boleh cuci.....lagi berabuk...sebab 20% habus halus akan keluar dan bertaburan bila vacuum. kita boleh rasa....sebab hidung kita akan  gatal.

mop lantai 2 minggu sekali......tapi masih berabuk selepas seminggu.....

tak puas hati...saya buat kajian dgn google.....pasal vacuum yang sesuai dan cara mengurangkan habuk dalam rumah.....

hasil kajian .....didapati bermacam macam vacuum yang ada dipasaran...dari semurahnya ke semahalnya....dengan berbagai bagai fungsi....vacuum and mop/ vacuum and steam ....ada sesuai utk hard floor sahaja...tak sesuai utk carpet.....ada yang cordless.....terpulang kepada kesesuian kegunaannya.

bagi negara barat/eropah....vacuum ini merupakan keperluan utama mereka...sebabnya...dalam rumah mereka ada pasang carpet, bela binatang seperti anjing....itu sebab technologi vacuum cepat berkenbang.....salah satunya vacuum bissell Crosswave.....tetapi tak jual kat malaysia.

kat malaysia...bab vacuum technologi..amat kurang...jika dibandingkan dengan negara luar.....sebab kita telah biasa dengan istilah menyapu...

Didapati vacuum yang menggunakan air sebagai filter  ( water filtration) adalah yang terbaik....kerana merangkap habuk 100%......tetapi vacuumnya sangat mahal....

minat pada teknologi yang ada pada vacuum karcher SV7.....yang menggunakan konsep ini. bersama dengan sistem steam sekali.....2 dalam 1...iaitu sambil vacuum dan steam sekali...tak perlu mop....tengok harganya.....wow mahalnya.....

Hanya mampu tengok review dekat youtube....dan.....meremdam rasa....

selalu juga tengok kat web mudah.... kot kot ada yang hendak  jual scond hand ke....

akhirnya dapat juga.....ada buyer yg hendak jual.....dapat separuh harga baru...

selepas pakai.......kurang habuk.....kita boleh lihat dekat air yang digunakan sebagai filter....masa mula mula pakai...memang kotor sangat air yg digunakan ....selepas 2 kali guna.....kotoran pun dah berkurangan.

kalau nak bau harum masa vacuum.....masukkan dettol atau pewangi baju dalam bekas filter vacuum tersebut. ......maka seluluh ruang akan semerbak baunya

Vacuum ini berat dan besar jika dibandingkan dengan vacuum biasa.....ia sesuai jika org lelaki buat....

kesimpulannya.......vacuum yang menggunakan  water filtration sebagai perangkap sampah dan habuk...adalah yang terbaik.....diharap......teknologi ini akan berkembang pada masa akan datang  dan banyak syarikat pembuat akan mengeluarkanya...dan menjualnya pada harga yang murah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 9-2-2021 10:48 AM
mcm mana boleh berhabuk kan... mgkin sbb rumah bawah ke?

Rumah iols 2 tingkat..mmg selalu biarkan tingkap terbuka utk pengudaraan..mak aku lemas rumah bertutup ni..mungkin dari situ umah cepat berabuk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 05:03 PM | Show all posts
rumah kayu & barang2 kayu
lagi cepat/kuat memerangkap habuk
semua ni mmg kena lap tiap2 minggu
lap dlm erti kata lap 1 1
panel tingkap & barang2
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
pawie replied at 9-2-2021 11:07 AM
setiap minggu vacuum rumah memang berabuk....

sebelum ini gunakan vacuum biasa...jenis pakai bag. ...

Mcm vacum dyson tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak setahun ni memang rajin habuk dlm rumah ni. Vacuum seminggu sekali tp sapu dua hari sekali. Lap2 tu x tentu. Mana akak capai je, terus lap. Nak buat mcm dulu gagah perkasa dah x boleh.. Dua minggu sekali husband mop atas bawah. Mungkin sebab akak buka sliding & semua tingkap serta pintu kot.. memang dibuka dari pukul 7 pagi sampai la dah nak Maghrib.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 04:47 PM | Show all posts

seperti karcher DS6....boleh tengok dekat youtube.....dia guna air sebagai filter utk merangkap habuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pawie replied at 17-2-2021 04:47 PM
seperti karcher DS6....boleh tengok dekat youtube.....dia guna air sebagai filter utk merangkap ha ...

Dah tgk kat youtube
interesting
in my wish list
agak mahal though
tok laki mesti bagi mcm2 alasan nk beli hahaha
skrg i guna dyson
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Stress dgn habuk yang banyak..barubje lP, dh berhabuk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la. Hari2 menyapu, tapi jumlah habuk tetap sama hari2. Padahal rumah tu berapa org je yg tinggal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066487 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list