CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5468|Reply: 3

DIY Kolam Renang Mini Di Rumah Guna Tangki Air Je.

[Copy link]
Post time 5-2-2021 07:51 PM | Show all posts |Read mode
DIY Kolam Renang Mini Di Rumah Guna Tangki Air Je.

Mesti anak-anaklah paling seronok kalau ada kolam renang dekat rumah sendiri kan?

Dalam artikel kali ini, kami nak kongsikan satu idea menarik untuk buat mini pool guna tangki air je.

Mungkin korang boleh buat dekat belakang rumah atau tepi rumah atau dekat mana-manalah asalkan ada lebihan tanah lebih kurang panjang 12 kaki lagi.

Nampak kemas, siap ada penutup sekali bila kolam tak digunakan. Memang bagus supaya daun dan habuk tak masuk dan kotorkan kolam, dan untuk keselamatan anak-anak juga.

CARA DIY KOLAM RENANG MINI DI RUMAH GUNA TANGKI AIR. JIMAT & MUDAH!
Perkongsian oleh seorang bapa bernama Arnaldo, dari Camaragibe, Wilayah Pernambuco yang terletak di Brazil mendapat perhatian dunia apabila beliau menunjukkan hasil kerativiti membuat sebuah kolam mini di rumah menggunakan tangki air.

Idea menarik beliau ini bukan saja dapat memanfaatkan ruang yang ada, malah ia juga praktikal dan boleh dilakukan dalam masa yang pantas.

Melalui Facebook, Isteri beliau, Roseangela Melo telah menunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk membuat kolam tersebut.

Jom kita tengok langkah yang dikongsikan tersebut.

1. TEMPATKAN TANGKI DI LOKASI YANG SESUAI
Mula-mula, lakarkan idea dan pilih lokasi yang sesuai untuk ditempatkan tangki air.

Tangki air jenis polycarbonate ni ada banyak jenis dan saiz.

Biasanya yang digunakan di rumah-rumah kediaman adalah bersaiz lebih kurang 300 – 500 gelen.

Kita bolehlah pilih ikut kesesuaian dari segi lebar dan kedalaman.

Saya ada check tadi, banyak juga kedai yang jual tangki air ni. Yang online dekat Shopee dan Lazada pun ada!



Ini contoh tangki air yang ada dijual di pasaran Malaysia. Boleh pilih ikut saiz yang kita nak.

2. BINA DINDING & LANTAI
Bina dinding dan lantai di sekeliling kolam dan kemaskan.







3. KEMASAN DINDING & LANTAI
Nak lebih cantik dan kemas, gunakan kemasan jubin / tiles.



4. TANGGA
Oh ya, tangga dibina di satu sudut untuk memudahkan anak-anak naik ke kolam.



Sumber : https://siraplimau.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2021 07:52 PM | Show all posts


5. LUBANG SALURAN
Oh ya, ada lubang saluran untuk keluarkan kan air.

Nanti barulah senang nak cuci dan tukar air baru.



INILAH HASILNYA…
Bila dah siap, inilah hasilnya.

Wah, seronok betul dapat mandi dalam kolam macam ni kan?


Memang mudah kalau kita tengok langkah-langkah yang dikongsikan untuk DIY kolam renang mini ni.
Bagi yang berminat bolehlah cuba buat satu di rumah nanti.
Mesti anak-anak seronok dapat main air dan berendam puas-puas!
Selamat mencuba.
*Kredit dari posting asal: Rosangela Melo & Arnaldo Joao

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:53 PM | Show all posts
wowwww
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..creative!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.425978 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list