CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2402|Reply: 4

Resepi Ayam Kung Pao Paling Mudah

[Copy link]
Post time 10-2-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Resepi Ayam Kung Pao Paling Mudah



Ayam boleh digoreng setengah masak terlebih dahulu. Untuk lada kering, ia perlu dibasuh sahaja dan tidak perlu direbus dahulu.

Resepi ini adalah untuk setengah ekor ayam. Jika anda mahu masak dalam kuantiti yang banyak, boleh lebihkan sukatan bahan-bahan.



Bahan-bahan:
Ayam
Sos tiram (2 sudu besar)
Minyak masak (3 sudu besar)
Bawang besar (2 biji)*
Bawang kecil (2 biji)*
Serai (1 batang)*
Cili kering (10 tangkai)*
Halia (1 inci)*
Sos tomato (3 sudu besar)
Sos cili (2 sudu besar)
Kicap manis (3 sudu besar)
Hiris bahan-bahan berhuruf condong*.


Cara-cara penyediaan:


  • Gaul dan perap ayam dengan sos tiram.
  • Panaskan kuali dengan minyak masak. Goreng cili kering bersama ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan bawang besar, bawang kecil dan serai.
  • Apabila sudah naik bau, masukkan halia.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan kicap. Seimbangkan rasa. Biarkan sehingga ayam betul-betul masak. Siap.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh try nanti ni.. tengok macam simple jek resepi ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 04:13 PM | Show all posts
Terima kasih share resepi..dpt idea utk dinner hari ni..kadang tu termenung nk pikir nk msk apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu buat tak ubuh serai. Makanan cina ada pakai serai ke? Ubuh kacang gajus bagi dia lemak sikit. Kalau ada scezhuan pepper lagi sodap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.293018 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list