Edited by piao at 15-2-2021 12:24 PM
Resepi Kerabu Kerang Paling Kecur Liur
Kerabu kerang enak dimakan dengan nasi panas atau sebegitu sahaja. Untuk lebih sedap, letakkan sedikit pati santan.
Sebagai cadangan, kerabu ini juga boleh diletakkan isi ikan termenung bakar. Selain itu, anda juga boleh meletakkan pegaga.
Kerabu KerangBahan-bahan:
Cili kering (5 biji)
Cili api (5 biji)
Kelapa parut (2 gengam)
Kerisik (2 sudu)
Semua bahan-bahan di atas dikisar.
Daun selom – dipotong halus
Tauge – dicelur
Isi kerang (segengam)
Bawang merah (2 biji) – dipotong halus
Halia (2 inci) – dipotong halus
Gaul kedua-dua bahan yang dikisar dan dipotong halus.
Cara-cara membuat:
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan dua sudu cuka. Jika tidak mahu cuka, boleh masukkan air asam jawa.
Resepi Bonus: Kerabu Kerang Ala Thai
Bahan-bahan:
Kerang – rebus dan kopek
Bawang putih (4 ulas) – tumbuk bawang putih dengan cili padi
Cili padi (10 biji) – kurangkan jika tidak mahu pedas
Asam jawa
Tomato
Limau nipis – perah dan letakkan sekali kulit
Sos ikan
Garam
Gula
Perasa
Daun ketumbar
Cara-cara membuat:
Semua bahan-bahan di atas dicampur dan digaul dengan kerang yang direbus tadi.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi:
1. Noor Idah
|