View: 1659|Reply: 0
|
Sejarah GIVI : Jenama Barangan Motosikal Terkemuka Dunia
[Copy link]
|
|
Sejarah GIVI : Jenama Barangan Motosikal Terkemuka Dunia
GIVI sangat terkenal dalam kalangan peminat motosikal, namun tidak semua yang tahu kisah menarik tentang bagaimana dan mengapa GIVI tercipta, malah siapa yang mengasaskannya.
Ia bermula dengan seorang lelaki Itali bernama Giuseppe Visenzi yang sangat meminati motosikal, dan menjadi penyebab kepada terhasilnya salah sebuah syarikat aksesori motosikal terhebat dalam sejarah, dengan beribu-ribu cawangan di seluruh dunia.
Sebelum mengasaskan syarikat GIVI, Giuseppe memulakan kerjayanya sebagai pelumba dan memperkenalkan dirinya sebagai “mekanik”, pada zaman yang mana dengan hanya berlumba sahaja tidak cukup untuk menjana pendapatan bagi meneruskan kehidupan.
giuseppe visenzi pengasas syarikat aksesori motosikal givi
Untuk perlumbaan pertama beliau, Giuseppe bertanding dalam peringkat kelayakan kejuaraan Itali di Modena.
Dalam perlumbaan ini, Giuseppe yang tidak memiliki motosikal sendiri telah meminjam motosikal Laverda 75 dari seorang rakan.
Motosikal kedua Giuseppe iaitu Mondial diperoleh dengan usaha keras dan walaupun tidak begitu “power”, motosikal ini cukup kuat untuk membolehkan beliau mengambil bahagian dalam perlumbaan seterusnya.
Namun begitu, motosikal ketiga Giuseppe iaitu motosikal Ducati lah yang menjadi penyebab kepada banyak kejayaan yang dikecapi dan menjadi terkenal sebagai juara.
giuseppe visenzi bermula sebagai pelumba motosikal
Kisah ini bermula pada suatu malam sekitar jam 11 malam, Giuseppee dalam perjalanan pulang dari sebuah perlumbaan di Piedmont dan disebabkan perasaan kecewa beliau terhadap motosikal Mondial yang sering kali mengalami masalah teknikal, beliau berhenti untuk membeli motosikal Ducati dari seorang penjual persendirian.
Beliau kemudiannya menghabiskan malam tersebut di bengkel bagi mempersiapkan motosikal Ducati itu untuk perlumbaan seterusnya yang bakal berlangsung seminggu kemudian.
Berkat kesungguhannya dan tuah motosikal tersebut, Giuseppe berjaya memulakan kerjaya impiannya dengan penuh semangat, sekaligus membuahkan hasil menjadi pelumba peringkat antarabangsa selama 11 tahun.
Namun pada tahun 1969, bak lirik Slam “Kusangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang”, segala-galanya berubah bagi Giuseppe.
giuseppe visenzi
Dalam perlumbaan peringkat kelayakan Finland Grand Prix, Giuseppe terlibat dalam kemalangan teruk yang menyebabkan pinggulnya patah sekaligus memaksa beliau untuk berhenti sebentar mengejar impiannya.
Setelah mengambil masa yang agak panjang untuk pulih, Giuseppe kembali berlumba dan bermula dengan Kejuaraan Dunia Yugoslavia 350.
Walau bagaimanapun, kesukaran untuk menyokong berat motosikal yang ditunggang menyebabkan Giuseppe mengalami kemalangan kedua dan yang mendorongnya untuk mengundurkan diri secara kekal dari perlumbaan.
Beliau menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan tersebut, di belakang Giacomo Agostini dan Silvio Grassetti.
(Kedai mengedar motosikal milik Giuseppe Visenzi di Bresciz, Itali)
Dengan ini, Visenzi mengucapkan selamat tinggal kepada karier lumba 11 tahunnya pada tahun 1970 dan membuka kedai mengedar motosikal pertamanya di Brescia, Itali.
Dan pada tahun 1978, Giuseppe mereka bentuk kotak top case pertama beliau dan ini menjadi titik permulaan bagi jenama GIVI terkenal yang kita kenali pada hari ini.
Kini, GIVI mempunyai cawangan di setiap benua, yang pertama ditubuhkan di Amerika Syarikat dan kemudian Afrika Selatan.
Ia kemudiannya berkembang dan pelaburan baru menyaksikan kemunculan GIVI di Asia, merangkumi Malaysia, India, China dan banyak lagi.
givi malaysia
GIVI ASIA dibuka pada tahun 1997 dengan kawasan binaan awal seluas 8,000 kaki persegi.
Hari ini, setelah beroperasi selama lebih dari 20 tahun di pasaran Asia, GIVI ASIA memiliki kilang seluas 9,290 meter persegi yang berpusat di Bukit Beruntung, Selangor.
Kilang ini mengeluarkan lebih daripada 40,000 unit kotak, helmet dan aksesori GIVI setiap bulan yang ditujukan kepada pasaran tempatan dan luar negara.
Dan sudah semestinya minat Giuseppe terhadap perlumbaan motosikal tidak pernah luntur, antara sebab mengapa beliau terus menaja pasukan lumba motosikal selama bertahun-tahun, meletakkan nama GIVI pada pasukan LCR Hondas dan Ducati untuk MotoGP.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|