CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 0

Mora Gilirkan Pemain Berdepan Perak FC

[Copy link]
Post time 19-3-2021 02:25 PM | Show all posts |Read mode

Pemain JDT giat menjalani latihan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam bagi persiapan menentang Perak FC pada aksi Liga Super di Stadium Perak. Foto Ihsan Johor Southern Tigers


Berita Harian

Rizar Mohd Noor
[email protected]

JOHOR BAHRU: Penggiliran pemain bakal dilakukan pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora apabila bertandang ke Stadium Perak untuk berdepan Perak FC pada aksi Liga Super, Ahad ini.

Ketika ditanya sama ada penggiliran pemain skuad Harimau Selatan itu bakal menampilkan Mohamadou Sumareh untuk menentang skuad kendalian Chong Yee Fatt, Mora tidak menolak kemungkinan pemain naturalisasi itu mungkin berada dalam kesebelasan utama.

"Mungkin... semuanya bergantung kepada perancangan taktikal yang akan ditampilkan pada perlawanan itu. Apapun saya juga perlu lihat tahap kecergasan pemain lain selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat.

"Saya juga akan melakukan penggiliran pemain dan tidak berdepan masalah untuk memilih barisan pemain utama bagi mengharungi perlawanan kelima liga, Malah kita tahu bermain di Ipoh selalunya akan berdepan kesukaran.

"Untuk aksi menentang Perak, saya tahu pasukan itu tewas 0-3 kepada Kuala Lumpur City FC dan kita tidak mahu memikirkan mereka akan bangkit apabila berdepan JDT sebaliknya tumpuan saya lebih terarah untuk memperkemaskan setiap posisi apabila berdepan pasukan itu," katanya.

Mora menegaskan matlamat utama berdepan Perak FC pastinya mempamerkan aksi konsisten bagi memburu kemenangan dengan semangat juang yang tinggi malah cuba sedaya upaya mencari gol awal dalam perlawanan itu.

Apapun beliau menyatakan skuad Seladang tetap berbahaya tatkala mereka mahu bangkit daripada kekalahan kepada Kuala Lumpur Ciity FC dan sudah tentunya pasukan itu akan tampil lebih agresif dengan corak permainan pantas.

"Ia mungkin perlawanan sukar buat kami apabila beraksi di sana. Malah kami menghormati mereka sebagai salah satu pasukan yang baik dalam saingan liga dan saya jangkakan ia aksi menarik tatkala kami ingin bangkit selepas seri pada aksi lalu," kata Mora

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.171565 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list