View: 903|Reply: 0
|
Paratici yakin CR7 kekal di Juve
[Copy link]
|
|
Paratici yakin CR7 kekal di Juve
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/01hmFBL-ITA-SERIEA-VERONA-JUVENTUS_1616425735.jpg)
Itali: Ketua pegawai bola sepak Juventus, Fabio Paratici menegaskan Cristiano Ronaldo tidak akan ke mana-mana dan dijangka akan memperbaharui kontraknya di Turin.
Masa depan Ronaldo bersama Juve belum dapat dipastikan ketika gergasi Itali berkenaan tersingkir kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal bulan ini.
Bintang berusia 36 tahun mempunyai sentuhan penyudah yang cemerlang sejak tiba dari Real Madrid pada 2018 dan memenangi berturut-turut kejuaraan Serie A.
Tapi Ronaldo yang memburu kejuaraan Liga Juara-Juara ke keenam gagal mencapainya bersama Juventus dan dia dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Allianz pada musim panas ini, setahun sebelum kontraknya tamat.
Bekas kelabnya Manchester United dan Real Madrid dikhabarkan antara potensi destinasi buat Ronaldo, sementara Paris Saint-Germain sudah sekian lama dikaitkan dengan pemenang lima kali Ballon d'Or itu.
"Kami bercadang untuk mengekalkan Cristiano Ronaldo. Dia adalah pemain terbaik di dunia dan dia akan kekal bersama kami." kata Paratici.
Sumber : https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|