Poco melancarkan peranti baharu mereka dengan padanan spesifikasi terkini serta penggunaan skrin dengan kadar segar semula yang tinggi.
Kali ini, Poco X3 Pro diperkenalkan dengan padanan pemproses Qualcomm Snapdragon 860 dengan binaan 7nm bersama padanan memori (RAM) sehingga 8GB.
Skrin Poco X30 Pro berkeluasan 6.67 inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta resolusi Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+).
Paparan pula menggunakan teknologi IPS LCD bersama DotDisplay serta mampu untuk memaparkan kandungan HDR10 dengan kadar sentuhan 240Hz.
Pengguna juga boleh melakukan pilihan storan sehingga 256GB yang berasaskan kepadka UFS 3.1 dan mampu menyokong kad mikro sehingga 1TB.
Poco X3 Pro menambah keupayaan sistem keselamatan apabila ia didatangkan dengan pengimbas cap jari fizikal yang diletakan pada sisi peranti pintar ini.
Peranti pintar ini menggunakan sistem kamera 48 megapiksel (MP) dengan sokongan lensa sudut lebar 8MP dan dua lensa sensor makro serta kedalaman 2MP manakala kamare swafoto pula berkeupayaan 20MP.
Versi Poco ini didatangkan dengan kapasiti bateri 5,160mAh dengan sistem pengecas pantas 33W dan melaksanakan sistem operasi MIUI 12.1 yang berasaskan kepada Android 11.
Tanda harga untuk peranti ini adalah RM1,299 bagi variasi 8GB RAM serta 256GB storan manakala RM999 untuk 6GB RAM bersama 128GB.
Pengguna boleh mendapatkan peranti ini masing-masing pada harga RM899 dan RM1,099 lebih awal bermula Rabu ini menerusi platform laman dagang Shopee atau Lazada.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 24-3-2021 11:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
card_reader replied at 24-3-2021 10:40 AM
hahaha...
aku cadang nak tukar huawei aku nie, dah 4 tahun pakai...
Kita tunggu dulu 2-3 bulan.. Hahahaha. Tapi serius aku suka giler a51 aku ni.. Asal aku nak beli a71...tapi a71 laku keras sebab bila compare.. Harga murah 400 tapi sama mcm note 10 lite cuma beza chipset.