Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo (kiri) melakukan cubaan ke arah gol Azerbaijan di Stadium Juventus. - AFP
Berita Harian
TURIN, Itali: Juara Eropah, Portugal memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan kemenangan hasil jaringan sendiri Azerbaijan yang memberikan kemenangan tipis 1-0 dalam saingan Kumpulan A di Turin.
Kapten Azerbaijan, Maksim Medvedev menjaringkan gol sendiri pada minit ke-36 namun hanya gol itu memberikan kemenangan buat Portugal berdepan lawan berkedudukan ke-108 dunia itu.
"Kami menghadapi sedikit kesukaran, sedikit masalah, ia tidak boleh dinafikan," kata jurulatih Portugal, Fernando Santos selepas kemenangan ke-50 daripada 80 perlawanan dipimpinnya.
"Pada babak kedua, pasukan hilang inspirasi dan kelancaran sebagai sebuah pasukan."
Cristiano Ronaldo gagal meledak di stadium kelabnya, Juventus – dengan perlawanan berlangsung kerana halangan berikutan COVID-19 – tujuh gol kurang berbanding penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan antarabangsa, Ali Daei dari Iran dengan rekod 109 gol.
Portugal bergelut kerana penyudah kurang berbisa, pertahanan kental Azerbaijan dan aksi cemerlang penjaga gol Shakhrudin Magomedaliyev.
"Kami tidak bermain bersama agak lama," kata Santos. "Ia sesuatu yang normal dan kami perlu memanaskan badan lebih sedikit, tapi kami lakukan seperti apa dijangka semua orang.
"Kami akhirnya menang, benar ia kerana gol sendiri, mungkin kami sepatutnya menang dengan gol lebih banyak." |