CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2716|Reply: 6

Pisonia, Satu-Satunya Pokok Pembunuh Burung, Bagaimana Pisonia Membunuh Burung?

[Copy link]
Post time 27-3-2021 12:37 AM | Show all posts |Read mode
Sebilangan besar tanaman bergantung pada burung dan serangga untuk penyebaran benih. Tumbuhan akan menarik agen pendebunga dengan melepaskan sebatian aromatik ke udara atau dengan menghasilkan nektar manis yang dimakan oleh burung dan serangga.


Lain pula dengan spesies tanaman yang satu ini, pokok pisonia. Pokok pisonia memikat burung kecil untuk membina sarang di dahannya, dan ketika burung-burung mendekat dahan yang penuh dengan biji ini, biji benih pisonia yang akan menempel pada bulu burung. Setelah beberapa lama melekat, benih biji pisonia pun jatuh ketika burung terbang jauh ke pulau lain.


Namun, disebalik sepanjang sejarah evolusi pisonia, ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah penyebaran biji benih pisonia terhadap burung. Menggunakan burung sebagai vektor pendebungaan untuk membiakkan begitu banyak biji benih, pisonia akhirnya telah menyebabkan sebilangan besar burung ini tidak dapat terbang. Burung pembawa biji benih itu akhirnya jatuh ke tanah dan mati kelaparan akibat biji pisonia yang melekit pada seluruh tubuh burung



Pohon Pisonia, yang juga dijuluki sebagai "penangkap burung", banyak ditemukan di habitat tropika, terutama di pulau-pulau Karibia dan Indo-Pasifik. Pokok pisonia menghasilkan biji panjang, diselaputi dengan lendir tebal, ia juga mempunyai cangkuk kecil yang melekat hampir pada apa sahaja yang menyentuhnya. Benih ini tumbuh dalam tandan besar yang kusut, dan setiap tandan mempunyai dari sedozen hingga lebih dua ratus biji.




Pokok Pisonia berbunga dua kali setahun.  Sewaktu pisonia ini berbunga berlaku ia bertepatan secara semula jadi selama bertahun-tahun evolusi dengan waktu puncak lalu lintas burung laut berhijrah ke pulau-pulau.



Burung laut ini menggunakan Pisonia untuk bersarang.  Ketika anak-anak burung menetas dan membesar, hasilnya sering tragis. Anak-anak burung itu sering terjerat dan terperangkap pada tandan yang melekit. Bahkan sebilangan biji benih pisonia menutupi seluruh tubuh  anak burung, sehingga ia tidak dapat bergerak atau terbang.  Akhirnya jatuh dan mati kelaparan menjadi makanan pemangsa. Pada masa yang sama, sesetengah burung mati di atas pokok, bangkai-bangkai burung yang membusuk tergantung pada dahan-dahan pokok seperti hiasan pokok krismas yang mengerikan.




Tingkah laku buruk pohon pisonia memberi kesan buruk kepada populasi burung. Satu kajian yang dilakukan terhadap populasi burung laut di Pulau Cousin di Seychelles menunjukkan bahawa pokok pisonia membunuh seperempat dari burung jenis Terns Putih dan hampir satu persepuluh dari Shearwaters Tropika yang disebabkan oleh biji benih maut ini.


Para saintis tertanya-tanya apakah ada manfaat evolusi yang dihasilkan oleh pokok Pisonia dengan membunuh burung. Satu hipotesis menyatakan bahawa pokok pisonia mendapat nutrien yang banyak daripada penguraian bangkai burung yang jatuh di kaki pokok.



Namun dalam kajian dan penelitian oleh Alan Burger, ahli Ekologi di University of Victoria, mendapati benih yang tumbuh berhampiran bangkai burung di Pulau Cousin, tidak menemukan bukti yang menunjukkan benih tersebut tumbuh lebih baik. Sebaliknya, pokok itu menerima lebih banyak baja dari najis burung dan telur yang jatuh, ini menunjukkan bahawa najis dan telur burung lebih berharga daripada bangkai burung yang mati.


“Anehnya, banyak burung laut nampaknya lebih menyukai pokok Pisonia walaupun pokok ini memberi ancaman kepada nyawa mereka.  Jarang sekali melihat pohon pisonia yang tidak dihuni burung laut pada dahannya," kata Beth Flint, ahli biologi hidupan liar untuk Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar AS.




[amusingplanet.com]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2021 11:40 AM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 11:42 AM | Show all posts
Good info TT
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 02:39 PM | Show all posts
ehh skerinya pokok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian burung
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik! Pertama kali dengar pasal pokok yang membunuh burung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbayang dalam Shrek, burung yang bertenggek kat dahan pokok kena jentik dengan pokok tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.350725 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list