CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 0

Kelab derma denda Ibrahimovic, Lukaku

[Copy link]
Post time 2-4-2021 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Kelab derma denda Ibrahimovic, Lukaku


Zlatan Ibrahimovic (kanan) dan Romelu Lukaku (kiri) didenda kerana bertengkar ketika aksi Piala Itali Januari lalu. - Foto AFP



MILAN: Denda ke atas Zlatan Ibrahimovic dan Romelu Lukaku yang didapati bersalah kerana bertengkar ketika aksi Piala Itali akan didermakan kepada badan kebajikan, kata kedua-dua kelab Milan itu.

Penyerang AC Milan itu bertembung dengan bintang Inter Milan berkenaan ketika suku akhir di San Siro pada 26 Januari lalu.

Bekas pemain-pemain Manchester United itu bertengkar dan kedua-duanya didenda kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan.


Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua kelab Milan itu berkata insiden berkenaan tidak selaras dengan prinsip fair play, dan berjanji jumlah denda berkenaan akan diserahkan kepada badan kebajikan.

Ketegangan bermula ketika tamat babak pertama aksi di San Siro.

Ibrahimovic mengejek Lukaku dan membuatkan pemain Belgium itu berang sebelum mereka bertegang urat.

Mereka saling mengeluarkan kata-kata kesat ketika menuju ke terowong sehingga Lukaku terpaksa ditenangkan rakan sepasukan.

Kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning kerana insiden berkenaan dan Ibrahimovic dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua selepas itu.

Kedua-dua pemain menjaringkan gol dalam perlawanan yang dimenangi Inter 2-1. - AFP

Sumber : https://www.bharian.com.my/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.039509 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list