CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9676|Reply: 31

Mengalir air mata jantan mu bila baca nukilan ni

[Copy link]
Post time 4-4-2021 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedai tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai  makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah,  towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."
Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu  telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan  mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.
Pakcik lihat, pekerja2 restoran  mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat  sembuh...."

Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

..........
RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK KITALAH AYAH PULA.....

Credit: Mohd Khairul


Single Polls, Total 14 Users voted
85.71% (12)
14.29% (2)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriusly??

Lebih tragis dari ni aku pernah tgk.

Jadi aku rasa kisah ni hasanah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 4-4-2021 09:03 PM
Seriusly??

Lebih tragis dari ni aku pernah tgk.

Hahhh..biasa bab lucah2 jee wak totok nihhh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 4-4-2021 09:07 PM
Hahhh..biasa bab lucah2 jee wak totok nihhh..

Tu la.. Biasa dia kat bod sex..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 4-4-2021 09:03 PM
Seriusly??

Lebih tragis dari ni aku pernah tgk.

Samalah hitam hati kita, Sarah
Tgh2 baca, meols kata "Seriously"???  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 4-4-2021 11:26 PM
Samalah hitam hati kita, Sarah
Tgh2 baca, meols kata "Seriously"???

Mcm nak tenyeh2 ja pala penulis tau.. Muahahah. Menipu x tgk kiri kanan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2021 11:31 AM | Show all posts
rindu mak ayah...baru jumpa mggu lepas...syukur, dapat la berbakti bawak g hospital...moga mak ayah sihat2 jer kat kampung...

raya ni moga2 dapatla kita balik kan...

tak sanggup kot nak raya sorang lagi...

haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols baca sambil nagis..sedih teringat kat mak dan bapak iols..semoga mereka Mak dan bapak iols dan muslim dan muslimat dlm peliharaan Allah swt.. aamiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesusahsusah aku
Sesenangsenang aku
Mak aku sentiasa ada menyokong dan membantu aku dibelakang
Paragraph akhir tu sangat menyentuh hati aku
Walau apa aku buat betul atau salah
Mak aku sentiasaaaa sentiasa ada dibelakang aku
Ty ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku msh pnya mak. Ayah dh xde. Untungnya aku msh ada doa mak setiap hari. Sayang mak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols terharu bc yg bawah tu..
Iols pun takut menghadapi saat2 org tua sakit..

My mak ayah meninggal masa diorg masih sihat..
My pil ada lg.. Mungkin lah ujian dtg melalui diorg..
Semoga iols kuat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:39 PM | Show all posts
Hatiku tersentuh sebab dah takde ayah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ade mak dan adik beradik serta suami. Tp xde anak.

Aku x tau apa ms depan aku dan aku hanya berserah pada Yg Maha Esa.

Aku nk korg semua renung renungkan ye kisah kwn mak aku..pernah ade anak lelaki sorg je tp dah meninggal dunia dlm usia muda (30an). Pernah ada suami juga dah meninggal dunia. Ada abg dan adik juga tp dah meninggal dunia. Ada anak saudara tp perempuan dan suri rumah pula. Tlg2 tgk sekali sekala boleh la.

Nasib ada lembaga zakat selangor yg taja tempat tinggal yg sekali gus tempat pengajian agama utk warga emas. Kita yg sekeliling ni bantu la mana yg boleh.

Apa yg aku nk ckp kat sini: anak2,ibu bapa, suami, isteri ni hanya hiasan dunia saja. Buat yg terbaik selagi kita msh hidup, be kind to others.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 11:14 AM | Show all posts
CardiGans85 replied at 5-4-2021 08:39 PM
Aku ade mak dan adik beradik serta suami. Tp xde anak.

Aku x tau apa ms depan aku dan aku hanya b ...

ya..semua pinjaman. seketika kita bersama mereka seketika mereka tiada lagi.
jangan mengandaikan mereka yg tiada apa yang kau ada punyai visi dan prinsip serupa
kerana mereka sedar memiliki itu sekadar pinjaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2021 11:07 PM | Show all posts
sarah82 replied at 4-4-2021 09:03 PM
Seriusly??

Lebih tragis dari ni aku pernah tgk.

jiwa perempuan dgn laki tak sama sarah oi. Itu la bezanya, bukan semua yg dicipta oleh Allah swt ada pada perempuan dan bukan semua ada utk laki. So kalo ko tak terasa apa bila baca nukilan ni, biasa la tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 6-4-2021 11:07 PM
jiwa perempuan dgn laki tak sama sarah oi. Itu la bezanya, bukan semua yg dicipta oleh Allah swt a ...

Cehhhhhhhh... Aku perempuan la.. Yg pasti citer ni adalah hasanah.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
maaf la..tapi apa yg dia tulis aku x terasa nak menangis..sebab aku tgk far more teruk dari tu...

1. 2016 - kira2 4 bulan sebelum arwah tok aku meninggal dunia, arwahkena hipo @ hypo bukan sebab arwah kencing manis sebab gula drop kerana cncer yg arwah hidapi..selepas 2 hari aku dok melangut kat kecemasan HSB, depa transfer arwah tok aku ke hospital alor setar yg lama...kat situ....ada serog makcik...umur dlm 70 an dan dah nyanyuk...tak ada sapa teman dia...dan dia makan semua pun bergantung pada nurse....selepas aku membawang baru aku tau makcik ni ada anak, tapi lepas dia jatuh dan patah kaki, anak dia antar ke wad dan terus hilangkan diri tanpa mai jenguk langsung...bila pihak hospital call utk urusan keluar wad, langsung tak jawab...akhirnya kena tgg JKM dtg ambik makcik ni. kalau hari ada student nursing, cepat la makcik ni dpt tukar pampers dan makan...kalau tak ada budak2 nursing, mmg lambat la...sbb SN ada pesakit ain lagi depa nak handle. seorg mak yg besarkan anak dia...tapi masa hujung2 anak dia buang dia mcm kucing tua yg tak berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
2. bulan posa 2015.

setiap kali sambut posa masa arwah to aku ada dulu, kami akan sambut posa kat wad...pagi tu seingat aku dlm 1 am aku dengar katil pesakit ditolak ke sebelah katil arwah tok aku. rupanya ada nenek tua yg usia lebih kurang baya arwah tok aku admit...sebab kaki dia dah jadi gangren. tak salah aku tok ni ada cancer..patutnya dpt rawatan tapi anak2 tak bawa alasan dah tua.

ya tok tu nyanyuk..pagi tu, anak dan cucu perempuan mai tgg...bila time salin pampers terus hilangkan diri...alasan tak boleh tahan busuk sebab puas..bila tengok aku salin pampers arah tok aku...boleh pulak si anak perempuan tu ckp kenapa guna glove...tok sendiri kan...mmg mencari pasal dgn aku la...sambil aku gelak aku jawab...habis tu kenapa sanggup biar nurse tukar pampers mak sendiri sedangkan aurat mak tu eloknya waris yg handle...terus diam.

seorg mak dan seterusnya jadi nenek, boleh saja mandi da cuci najis anak dan cucu sendiri...tapi bukan semua mak bapa dlm dunia ni Allah swt berikan peluang utk darah daging sendiri cuci bontot mereka.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.286895 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list