|
Kelantan 'derby' jadi tumpuan
AKIRA (tengah) ketika mengendalikan sesi latihan di padang Mardi, Pasir Tumbuh. FOTO KUFC
Kota Bharu: Pengendali Kelantan United Football Club (KUFC), Akira Higashiyama memburu tiga mata penuh dalam aksi menentang Kelantan FC, esok.
Akira berkata, kemenangan pada aksi Kelantan 'derby' itu dalam saingan Liga Perdana sangat penting kerana sudah pasti pertembungan 'abang' dan 'adik' itu menjadi tumpuan utama peminat bola sepak negeri ini.
Katanya, tambahan pula sasaran mereka untuk tidak tercicir mata memandangkan kedua-dua pasukan kini berkongsi tujuh mata di kedudukan keenam dan ketujuh carta liga.
"Kami tidak pandang rendahKelantan FC malah menghormati mereka sebagai pasukan lebih senior. Kami bersiap sedia dan tunggu keputusan esok," katanya.
Akira berkata, pasukannya kini giat menjalani latihan di padang Mardi yang lebih menjurus sebagai persediaan getir menghadapi pasukan kendalian Marco Ragini.
Katanya, para pemain kini berada dalam keadaan bersemangat dan positif untuk menghadapi pertemuan esok yang bakal menjadi perlawanan besar dan tumpuan terutamanya buat semua pendukung bola sepak di Kelantan.
"Kami turun sebagai pasukan bukan pilihan namun tetap cuba mencari kemenangan,'' katanya lagi.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan pernah bertemu musim lalu dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan FC dengan jaringan 2-0 pada aksi Liga Perdana 2020.
Sumber : https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|