CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 845|Reply: 0

Perak FC bagai telur di hujung tanduk

[Copy link]
Post time 7-4-2021 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Perak FC bagai telur di hujung tanduk



PARA pemain Perak FC boleh mengambil tindakan menamatkan kontrak bersama pasukan dengan mengaktifkan klausa 9.7 jika pihak pengurusan gagal menanganinya dalam tempoh 15 hari.

PERAK FC dijangka berdepan masalah besar sekiranya gagal melunaskan pembayaran gaji selama dua bulan kepada pemain seperti yang didakwa sebelum ini.

Khamis ini genap dua bulan pemain-pemain tidak dibayar gaji dan pihak pengurusan Perak akan diberikan tempoh selama 15 hari untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang diperuntukkan, maka pemain-pemain boleh mengambil tindakan menamatkan kontrak bersama pasukan dengan mengaktifkan klausa 9.7.

Peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid berkata, pemain-pemain yang berdepan masalah tunggakan gaji perlu mengikut prosedur, iaitu dengan menghantar surat tuntutan kepada persatuan ataupun kelab terlebih dahulu.

“Sekiranya mana-mana pemain tidak menerima gaji dua bulan berturut-turut secara keseluruhan, maka mereka memiliki kuasa untuk membatalkan kontrak serta menuntut ganti rugi.

“Selepas dua bulan, mereka boleh beri surat kepada Perak dan meminta ia diselesaikan dalam tempoh 15 hari. Sekiranya ia berterusan atau tidak mendapat persetujuan pemain, maka dia (pemain) boleh tamatkan kontrak dengan mengaktifkan klausa 9.7 serta meminta pampasan baki kontrak,” katanya.

Terdahulu, Perak terpalit dengan kontroversi selepas pengurusan pasukan didakwa tidak membayar gaji pemain-pemainnya kira-kira dua bulan termasuk pasukan Liga Super dan Premier.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan tanda tanya berhubung masa depan Perak, lebih-lebih lagi timbul spekulasi ada pemain mula berkira-kira untuk angkat kaki.

Sumber : https://www.kosmo.com.my



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.042510 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list