View: 1899|Reply: 1
|
[SEJARAH]
Cili Unik Yang Terpedas Di Dunia
[Copy link]
|
|
Cili Unik Yang Terpedas Di Dunia
Cili atau lada merupakan sejenis tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan sebagai rempah yang berfungsi untuk memberikan rasa pada makanan dan memanaskan badan..Tetapi, tahukah anda terdapat sejenis spesies cili baru yang terpedas di dunia? Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Sehingga baru-baru ini, spesies cili Trinidad Moruga Scorpion dikenali sebagai cili yan terpedas di dunia. Tetapi, menurut rekod Guinness Book of World Records pada bulan lalu, spesies lada baru yang dikenali sebagai Carolina Reaper yang telah ditanam oleh Ed Currie, seorang pengusaha di PuckerButt Lada Co. di South Carolina telah dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia.
Cili Unik Yang Terpedas Di Dunia 2 e1398074387477 Cili Unik Yang Terpedas Di DuniaCili Unik Yang Terpedas Di Dunia 3 e1398074405255 Cili Unik Yang Terpedas Di Dunia
Kadar kepedasan purata cili ini adalah dalam lingkungan 1,569,300 unit Scoville (unit haba), seperti yang di uji oleh Winthrop University di South Carolina, kata pihak Guinness.
Walaubagaimana pun, menurut pihak Associated Press, kuasa kepedasan tertinggi dalam kumpulan cili yang di uji ini telah diberi kod yang dinamakan “HP22B”, yang bermaksud “Higher Power, Pot No. 22, Plant B” yang mana ia mencecah sebanyak 2.2 juta unit Scoville.
Pada tahun lepas, Institut Tanaman Lada Chile di New Mexico State University telah menobatkan cili spesies Trinidad Moruga Scorpion sebagai cili paling pedas di dunia, dengan kepedasan minimum sebanyak 1.2 juta unit Scoville manakala kepedasan maximum individu sebanyak 2 juta unit Scoville. Kini, rekod berkenaan telah beralih kepada tumbuhan cili baru ini.
Sumber: http://fbaans.blogspot.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku cari cili terpedas di asia tenggara pon x jumpa lg ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|