CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2614|Reply: 1

Maksud gelaran Negro yang ramai tidak tahu

[Copy link]
Post time 13-4-2021 12:43 PM | Show all posts |Read mode
MAKSUD GELARAN 'NEGRO' SEBENAR YANG RAMAI TIDAK TAHU




Assalammualaikum.. salam sejahtera.. salam satu Malaysia. Gitu.. ala kak ton katanya. Apakehelnya tetiba mukadimah lain macam. Tebiat nak meninggal ke?

Idok ler.. sesaja la bertukar angin sikit. Bukan apa nak bagi banyak patah perkataan boleh tulis dalam entri ni. Idok ler senapas je kome bac udah habis ceritanya. Panjang sikit karangan lama sikit la mike melepek dalam blog teman ni,ye dak?

Kita kembali ke topik yang nak di kupas kupis & kopek hari ini iatu gelaran/istilah/perkataan Negro. Kita biasa je sebut negro bila nampak orang berkulit hitam tak kira dari negara mana pun. Tapi biasanya dari afrika la kan. Dah macam satu istilah biasa kita sebut untuk mengambarkan orang afrika.Contoh ayat.. Tu orang negro.

Selama ni mungkin kita faham Negro tu membawa maksud orang afrika atau orang berkulit hitam tapi sebenarnya sangkaan kita tu meleset sampai melecet. Tak betul yer... Kita je rasa macam betul. Jadi mari kita betulkan agar tidak salah faham lagi.

Pepagi dok melayan Tiktok dapat juga ilmu & informasi dari seorang tiktokers melayu yang berkahwin dengan orang afrika. Beliau berkongsi apa maksud Negro yang selalu kita sebut pada orang afrika. Maksud negro sebenar adalah 'Hamba Abdi' bukan orang kulit hitam.


Terkejut kan bila tahu? Jadi sangat la tak manis kalau kita memanggil orang afrika dengan gelaran Negro bila kita dah tahu maksudnya. Gelaran yang menjurus kepada penghinaan tak patut sangat lebih lebih lagi pada orang yang tak ada buat salah apa apa kat kita. So selepas ni kita boleh biasakan diri memanggil mereka dengan gelaran yang lebih baik la. Mereka pun berhak di hormati kalau mereka menghormati kita.

Selain itu menurut kak Bib dalam video dia.. Negro juga membawa maksud perdagangan kanak kanak. Selebihnya hangpa boleh tonton sendiri video di bawah. Kalau rasa nak follow kak Bib yang selalu share aktiviti dengan family dia boleh follow di Tiktok. Best juga kadang kadang tengok dia share masakan orang afrika.. bahasa bahasa afrika.

Tapi kalau ikut wikipedia pula perkataan Negro membawa maksud keturunan hitam atau dalam bahasa sepanyol membawa maksud hitam. Tapi kalau di America Syarikat Nigger adalah satu gelaran atau istilah yang lebih kepada penghinaan kepada orang berkulit hitam. Apapun tetap perkataan tu menjurus kepada perlakuan menghina, mengejek & merendahkan sesuatu bangsa & kaum atau fizikal seseorang juga. So better elakan la.

Moral of the story.. kadang kadang kita ni double standard juga. Kawen dengan omputih,orang korea, orang orang dari negara maju kita puja puji.. Bila ada orang tempatan kahwin dengan bangsa bangsa dari negara miskin kita pandang rendah. Tapi memang tetap ada bangsa bangsa pelarian yang ambil kesempatan untuk dapat tempat di negara ni dengan berkahwin dengan orang tempatan lepas tu buat kacau.. itu yang buat orang tempatan marah & mula memberi persepsi buruk pada pendatang dari negara miskin ni.

Pendatang pun dah datang tempat orang kena pandai bawa diri, ikut undang undang negara orang jangan nak tunjuk taiko atau pailang sangat bagi orang tempatan benci.ingat tu?!!


Sumber : http://www.lekatlekit.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2021 10:05 AM | Show all posts
ooo...patutla dorg marah sgt kalau org bukan kulit hitam panggil dorg negro.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.323353 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list