CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 0

Perak dan Kedah berkongsi mata

[Copy link]
Post time 18-4-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode

Kpah Sherman (tengah) berjaya menjaringkan gol penyamaan buat pasukan KDA FC untuk mengikat Perak FC 1-1 sebentar tadi. - Foto: KDA FC

Perak dan Kedah berkongsi mata

IPOH – Perak FC dan Kedah Darul Aman FC nyata sama handal apabila terikat 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak malam ini.

Jangkaan anak buah Chong Yee Fatt akan mudah diratah lawan meleset apabila berjaya menyekat anak buah Aidil Shahril Sahak daripada melakukan kemusnahan besar.

Sebalik pemain tuan rumah bangkit untuk memberi persemabhan bermutu untuk menyekat Kedah 0-0 di separuh masa pertama

Perlawanan babak pertama berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan namun tiada penyudah.

Kedua-dua pasukan tumpas perlawanan terakhir masing-masing tampil dengan berhati-hati dalam usaha mengelak kekalahan.

Guilherme De Paula dan Careca beberapa kali mencemaskan kubu pelawat manakala penyerang kembar pelawat Kpah Sherman dan Tchetcge Kipre juga mendapati sukar melepasi kawalan benteng tuan rumah.

Babak kedua bagaimanapun menyaksikan permainan lebih terbuka oleh kedua-dua pasukan.

Perak mengasak di awal babak kedua dan De Paula akhirnya menanduk masuk hantaran Careca pada minit ke-57.

Tersentak dengan gol itu, Kedah menunjukkan kesungguhan untuk mengatur serangan tetapi kubu tuan rumah nyata kebal.

Bagaimanapun Sherman akhirnya menyamakan kedudukan apabila mudah menolak masuk melepasi Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy ke dalam gawang pada minit ke-79.

Kedua-dua terus berusaha mencari gol tambahan tetapi kedudukan kekal sehingga wisel penamat. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059977 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list