CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 0

[Sarawak] Majikan tidak ikut arahan SOP berdepan tindakan undang-undang

[Copy link]
Post time 25-4-2021 06:25 AM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Setiap majikan di sini tidak mengikuti arahan ditetapkan pihak berkuasa sekurang-kurangnya 70 peratus pekerja mereka harus bekerja dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) SOP Diperketatkan dilaksanakan berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya terdapat aduan diterima mengenainya.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkata ini berikutan terdapat segelintir majikan masih ingkar arahan ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu menghendaki 70 peratus pekerja mereka diarah kerja dari rumah dalam usaha mengekang wabak COVID-19 tempat kerja.

“Turut dikesali terdapat majikan dilaporkan mengugut akan memberhentikan atau memotong gaji pekerja mereka sekiranya tidak datang ke tempat kerja,” katanya dengan nada kesal.

Tiong berkata demikian dalam satu kenyataan sejurus melakukan tinjauan ke beberapa lokasi sekatan jalan serta penempatan penduduk dikenakan perintah kawalan pergerakan di Bintulu malam kelmarin.

Beliau memberi amaran keras mana-mana majikan sengaja mengarahkan pekerja mereka menyembunyikan lokasi bekerja kerana merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab sekali gus menyukarkan usaha membendung serta mengesan konteks rapat pekerja mereka sekiranya disahkan positif COVID-19.

Justeru, beliau memberi amaran keras terhadap majikan terbabit agar mematuhi arahan ditetapkan sebelum dikenakan tindakan lebih berat termasuk didakwa di mahkamah.

Tiong berharap masyarakat awam di sini mematuhi arahan PKPB SOP Diperketatkan menetapkan setiap individu harus berada di kediaman masing-masing dan tidak menjalankan urusan di luar rumah selepas jam 8 malam.

“Perbuatan ingkar itu bukan sahaja menyukarkan usaha pihak berkuasa mengurangkan kadar jangkitan pandemik namun individu melanggar SOP berhadapan tindakan undang-undang,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056577 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list