View: 2127|Reply: 1
|
Perasan Tak Kalau Lipas Mati Badan Akan Mesti Dalam Keadaan Terbalik
[Copy link]
|
|
Perasan Tak Kalau Lipas Mati Badan Akan Mesti Dalam Keadaan Terbalik
Setiap kali kita bunuh lipas, mesti badan binatang tersebut akan terbalik. Jaranglah kita tengok lipas mati dalam keadaan asal, kan?
Jadi, lipas ni mati dalam keadaan terbalik sebab dia terdedah pada bau racun serangga perosak. Bau racun ini lah punca kepada sistem saraf lipas yang menyebabkan kekejangan otot. Benda tu membuatkan tubuh lipas melayang ke belakang dan seterusnya akan jatuh dalam keadaan terbalik.
Bila dah lemah, lipas tu dah tak mampu nak membetulkan badan dia dan akhirnya mati dalam keadaan terbalik. Selain tu, lipas ni tak suka dengan lantai dan jubin kerana permukaan yang licin sebab susah untuk mereka betulkan diri mereka dalam keadaan terbalik.
8 Fakta Tentang Lipas Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!
DALAM banyak-banyak serangga, ramai dalam kalangan kita yang takut malahan berasa teramat jijik dengan lipas meskipun ia cuma makhluk berbadan kecil.
Walaupun ia berbadan kecil, namun serangga itu tetap digeruni tambahan pula jika ia merayap, menyelinap dan terbang di atas kepala pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja panik dan terjerit-jerit kegelian meminta tolong.
Rasa geli terhadap serangga ini mungkin dianggap biasa. Namun jika ia menjejas kehidupan seharian, pakar juga menyarankan supaya mendapatkan bantuan dengan pendedahan secara bertahap.
Selain itu, ada juga yang langsung tidak gentar sama sekali oleh serangga berkaki enam ini. Bagi sebilangan yang lain, kelibatnya saja ibarat mimpi buruk di siang hari.
Namun begitu, adakah korang benar-benar kenal dengan lipas?
Menurut laman Public Health Malaysia, baru-baru ini mereka berkongsikan lapan fakta menarik mengenai serangga itu yang mungkin ramai tidak tahu. Antaranya adalah seperti :
1.Boleh Leperkan Badannya
Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.
2. Boleh Tukar Kelajuan Ketika Berlari
Lipas mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan dan membolehkan ia berlari sepantas 320km/j !
3. Mampu Hidup Tanpa Kepala
Lipas masih mampu hidup sehingga dua hingga tiga minggu setelah kepalanya terputus. Ya! Mereka boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan, tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.
4. Hidup Dalam Berkumpulan
Lipas hidup berkumpulan, tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun.
5. Ada Yang Boleh Melompat
Ramai orang takut kepada lipas terbang, maka mungkin ramai takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Mereka lincah melompat dan tidak suka duduk diam.
6. Boleh Gigit Manusia
Serangga omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Walaupun gigitan lipas tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah, namun situasi itu tetap tak diingini.
7. Suka Masuk Telinga
Lipas masuk ke dalam telinga manusia kerana tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian mereka. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.
8. Lipas Makanan Eksotik
Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana lipas dimakan sebagai snek! Agak-agak, sedap tak?
Sumber:https://sinarplus.sinarharian.com.my
https://sinar.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Melompat pun bole?? Yang terbang pun serammm.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|