CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1463|Reply: 0

[SEJARAH] Sejarah Ritual 'Seppuku' Samurai Jepun

[Copy link]
Post time 11-5-2021 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Ritual bunuh diri secara bermaruah atau disebut 'Seppuku' adalah budaya yang diamalkan oleh pahlawan samurai di Jepun, turut dikenali dengan nama 'hara-kiri' yang bermaksud mengelar perut yang telah diamalkan sejak tahun 1400an lagi.



Amalan Seppuku dilakukan oleh golongan samurai atas dasar menaikkan maruah seorang pahlawan.Suatu ketika dahulu, harga diri seorang perwira sangat dipandang tinggi oleh masyarakat dan sebab itulah kematian mereka perlu dilakukan secara bermaruah.

Atas kepercayaan bahawa semua yang berkaitan samurai dianggap mempunyai nilai kehormatan tersendiri, pahlawan samurai sanggup membunuh diri melalui ritual Seppuku yang melambangkan keberanian namun amat menyeksakan.

Seppuku dilakukan dalam dua cara iaitu secara sukarela atau wajib, namun lebih ramai samurai memilih untuk membunuh diri secara sukarela.Contohnya, apabila mengalami kekalahan dalam peperangan sehingga menimbulkan rasa kecewa yang teramat sangat, pada mereka kematian dengan cara Seppuku adalah lebih baik berbanding hilang nyawa di tangan musuh.

Seppuku juga dilakukan sebagai cara membantah polisi yang ditetapkan oleh pemerintah, dalam masa yang sama untuk membuktikan kesetiaan terhadap ketua.Sifat taat melampau menyebabkan sesetengah pengikut mengikut perbuatan pemimpinnya, termasuklah dengan mengorbankan diri sendiri kerana mahu menyertai ketuanya yang telah mati.

Seppuku Wajib
Hukuman yang dikenakan kepada samurai yang terlibat dengan jenayah, sebagai cara untuk menebus diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.Apa saja perbuatan yang disabitkan sebagai jahat atau berdosa akan dijalankan Hara-kiri wajib.Kedua-dua ritual Seppuku wajib ini dijalankan dengan cara yang sama.

Bagaimana Hara-kiri dilakukan?



Sebilah pedang pendek dikenali sebagai 'Tanto' akan digunakan sebagai objek utama Hara-kiri.Samurai yang bakal mati akan duduk bersila sambil memegang senjata pada tangan kanan, kemudian samurai akan menghunus Tanto ke bahagian kiri perut.

Selepas itu, Tanto akan ditarik ke arah kanan kemudian dipusing ke atas tubuh, mengelar perut sehingga ke leher sehingga menyebabkan perut terburai keluar.Samurai dikatakan berada dalam keadaan separuh nyawa dan sesetengahnya akan dibiarkan mati secara perlahan-lahan dalam keadaan sengsara.

Ritual Seppuku belum lagi berakhir. Sebahagian ritual Hara-kiri memerlukan khidmat 'Kaishakunin' iaitu petugas yang dikhaskan untuk mempercepatkan kematian seorang samurai.Kaishakunin adalah ahli keluarga ataupun rakan, yang akan berdiri di belakang sambil memegang sebilah pedang samurai yang tajam.Kaishakunin akan menikam batang leher samurai dari atas sehingga menembusi kerongkong.

Ritual bunuh diri 'Jigai' samurai wanita



Ritual Seppuku biasanya hanya dijalankan ke atas golongan samurai lelaki sahaja.

Bagi samurai wanita, mereka tidak mengelar perut seperti samurai lelaki, sebaliknya mengerat kerongkong sendiri menggunakan Tanto atau pisau belati yang tajam.Bagaimanapun, sesetengah pendapat mendakwa bahawa Jigai merupakan ritual yang perlu dilakukan oleh isteri samurai yang mati melalui Seppuku.

Berdasarkan kepada sejarah, wanita Jepun pada masa dahulu mengamalkan Jigai bagi mengelak daripada menjadi mangsa rogol.Ini kerana wanita Jepun pada masa itu sering menjadi mangsa seksual terutamanya sewaktu peperangan apabila rumah-rumah dicerobohi dan wanitanya dianiaya dengan zalim.

Sebab itulah ramai wanita Jepun lebih rela melakukan ritual Jigai demi mempertahankan maruah.Walau bagaimanapun, Jigai juga mempunyai syarat tertentu. Antara peraturan wanita yang mahu membunuh diri perlu mengikat tubuh sendiri menggunakan tali.Kedua-dua kaki juga perlu dirapatkan sebelum diikat untuk mengekalkan posisi yang sempurna selepas mati.

Masyarakat Jepun dahulu memegang prinsip bahawa wanita perlu berada dalam keadaan cantik setiap masa.

Siapa yang dibenarkan melakukan Seppuku?

Pada awal kemunculan amalan Hara-kiri, Seppuku bebas untuk dilakukan tanpa sebarang sekatan oleh mana-mana individu.Namun, situasi mula berubah sejak tahun 1500an di mana upacara ini menjadi semakin eksklusif apabila hanya dua kelompok sahaja yang dibenarkan untuk melakukan Seppuku.

Kumpulan individu itu terdiri daripada Samurai dan Daimyo.Pada masa itu, individu yang terlibat akan diberi pisau khas untuk mengelar perut sendiri yang akan diserahkan kepada maharaja sebagai bukti Hara-kiri.

Puisi Kematian Seppuku

Suatu ketika dahulu, samurai dikehendaki untuk menulis puisi atau syair sebelum menjalani upacara Seppuku.Dikatakan bahawa kebanyakan samurai terdiri daripada golongan penyair yang hebat, bagaimanapun ia tidak menjadi kemestian.Ia dilaporkan hanya sebagai salah satu tradisi lama yang pernah diadakan pada waktu dahulu.

Hara-kiri Lambang Keberanian



Budaya Seppuku juga diamalkan di kalangan tentera dan pegawai kerajaan Jepun.Sewaktu Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, ramai pegawai tentera dan anggota membunuh diri dengan cara Seppuku kerana kecewa di atas kekalahan tentera Jepun.

Zalim, ngeri dan menyeksakan. Biarpun pelbagai tanggapan negatif diberikan ke atas Seppuku, ia tidak sedikit pun mengubah pandangan masyarakat Jepun terhadap amalan ini.Bagi mereka, budaya Hara-kiri adalah sesuatu yang amat dibanggakan kerana membuktikan sifat berani dan kekuatan tinggi dalam kalangan samurai.

Semoga memberi manfaat.

Kredit: SentiasaPanas

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.031454 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list