CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1270|Reply: 0

Perayaan Midsummer: Benar-Benar Wujud Atau Fiksyen Semata-Mata?

[Copy link]
Post time 12-5-2021 06:42 AM | Show all posts |Read mode
Perayaan Midsummer: Benar-Benar Wujud Atau Fiksyen Semata-Mata?



Midsommar (2019) sedikit sebanyak telah memberikan igauan ngeri terhadap penonton filem tersebut kerana adegan-adegannya yang sangat mengganggu dan pernah menjadi bualan orang ramai ketika filem tersebut mula ditayangkan.

Festival Midsummer ini sememangnya wujud dan perayaan ini merupakan sebahagian daripada tradisi tahunan yang disambut oleh para penduduk Eropah terutamanya rakyat Sweden.

Namun begitu, perayaan ini sebenarnya tidaklah mengerikan mahupun mempunyai upacara yang pelik seperti yang digambarkan melalui filem thriller tersebut.

Perayaan Midsummer ini merupakan tradisi orang Kristian yang disambut pada 24 Jun setiap tahun bagi merayakan ulangtahun kelahiran St. John the Baptist.

Oleh sebab tarikh ini bertembung dengan hari pertengahan soltis musim panas, perayaan ini telah dinamakan sebagai Midsummer.

Pada zaman Agraria, festival Midsummer ini dirayakan bagi menyambut kedatangan musim panas dan musim subur untuk bercucuk tanam.

Bagi rakyat Agraria pada zaman dahulu, malam pertengahan musim panas dianggap sebagai waktu yang penuh keajaiban kerana tumbuh-tumbuhan akan memperoleh kuasa untuk menyembuh dan digunakan untuk meramal masa hadapan.



Para gadis akan memetik tujuh jenis bunga yang berbeza dan meletakkannya di bawah bantal untuk mendapat petunjuk tentang bakal suami mereka melalui mimpi.

Para penyambut festival Midsummer ini digalakkan untuk jalan dengan keadaan berkaki ayam menjelang subuh demi kesihatan yang berpanjangan.

Di sesetengah kawasan yang lain, para penyambut festival Midsummer ini akan berpakaian seperti ‘green men’ atau orang hijau yang dihiasi dengan daun paku pakis.

Mereka juga akan menghias rumah serta alatan pertanaman dengan dedaunan dan sebuah tiang yang dililit dengan dedaunan juga akan dipacakkan.



Seperti perayaan yang lain, Midsummer juga mempunyai makanan tradisional yang sering dihidangkan ketika perayaan tersebut berlangsung seperti roti, mentega, keju, salmon, sosej, ikan bilis serta tiga jenis brännvin atau aquavit iaitu sejenis minuman beralkohol.

Salah satu tradisi utama untuk menikmati aquavit adalah dengan menyanyi dan mengucapkan kata-kata selamat. Setiap ucapan selamat akan disambut dengan sebuah nyanyian lagu yang baru.





Santapan perayaan tersebut kemudiannya akan diakhiri dengan strawberi yang dihidangkan bersama krim putar atau kek strawberi sebagai pencuci mulut.

Selain daripada makanan, perayaan ini juga disambut dengan beberapa jenis permainan tradisional yang lebih dikenali sebagai femkamp.

Salah satu permainan tradisional yang sering dimainkan sepanjang perayaan ini berlangsung dikenali sebagai kubb.

Objektif permainan ini adalah untuk menjatuhkan 10 buah kubb iaitu bongkah kayu kecil dan sebuah bongkah kayu besar yang digelar sebagai the king, dengan membaling batang-batang kayu.

Seperti yang ditunjukkan dalam filem Midsommar, tarian Maypole juga merupakan salah satu tradisi bagi festival Midsummer ini.



Tarian ini merupakan warisan daripada orang Kristian dari Jerman di mana semua penduduk akan menari di sekeliling maypole iaitu sebuah tiang yang telah dihias dengan daun-daunan dan bunga-bungaan.

Jadi, terbuktilah bahawa perayaan Midsummer ini merupakan perayaan meriah yang disambut oleh penduduk Sweden dan tidaklah mengerikan seperti yang dipaparkan dalam filem Midsommar.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 1.045027 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list