CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1553|Reply: 0

Ini Budaya Johatsu Di Jepun yang PELIK

[Copy link]
Post time 12-5-2021 06:46 AM | Show all posts |Read mode
Pilih Untuk Hilangkan Diri, Ini Budaya Johatsu Di Jepun



Akibat terlalu malu dengan diri sendiri dan keluarga, individu ini mengambil keputusan drastik untuk menghilangkan diri daripada mata masyarakat.

Johatsu dalam bahasa Jepun ialah individu yang hilang dan ia merupakan satu perkara yang tidak asing buat penduduk negara matahari terbit tersebut.

Kami kongsikan budaya johatsu yang telah ‘mengorbankan’ lebih daripada 100,000 mangsa setiap tahun menerusi artikel ini:

Siasatan Lena Mauger dan Stephane Remael


Johatsu ini bukan satu benda baharu tetapi ia mula menjadi bualan ramai selepas penyiasatan oleh penulis Lena Mauger dan suaminya, jurugambar Stephane Remael ini membongkarkan isu tersebut yang selama ini tersembunyi kepada seluruh dunia.

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Norihiro terpaksa menghilangkan dirinya selepas dia tidak lagi bekerja sebagai seorang jurutera.

Norihiro cuba untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan berpura-pura untuk pergi bekerja sebelum duduk di tepi jalan tanpa buat apa-apa selama berbelas jam.

Akibat malu dengan dirinya yang kini seorang penganggur, lelaki itu pun pergi ke pekan Sanya dan sekali gus meninggalkan semua yang dimiliki olehnya untuk memulakan kehidupan baharu dengan identiti berbeza.

Sanya dan Kamagasaki

Ia bukan rahsia kepada masyarakat Jepun tentang dua destinasi pilihan golongan juhatsu iaitu bandar Sanya di Tokyo dan Kamagasaki, Osaka.

Hal ini demikian kerana kedua-dua bandar itu mempunyai komuniti yang bergantung dengan sistem kawalan Yakuza di mana semua orang boleh mencari sesuap nasi tanpa mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri.



Kebanyakannya adalah individu yang dibuang kerja, lari daripada hutang ataupun gagal dalam perkahwinan. Sekiranya anda melihat daripada perspektif berbeza, ini merupakan salah satu cara masyarakat Jepun menghadapi kegagalan dalam hidup mereka.

Untuk pengetahuan anda, penduduk Jepun sangat takut akan kegagalan sehingga ada yang sanggup menamatkan riwayat mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, kerajaan Jepun sebaliknya menyangkal kajian yang diterbitkan oleh Lena dan Stephane dengan mendakwa pasangan itu mensensasikan sesuatu yang sebenarnya kecil dan tidak bertepatan dengan statistik orang hilang di Jepun.

Yonigeya



Dengan bantuan yonigeya, golongan johatsu ini dapat menghilangkan diri daripada mata masyarakat. Yonigeya ialah gelaran yang diberikan kepada kumpulan individu yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu individu yang mahu melarikan diri.

Mereka akan beroperasi secara sulit pada waktu malam dengan menawarkan perkhidmatan tertentu mengikut keperluan pelanggan. Sudah tentu, harga yang perlu dibayar itu juga bergantung kepada permintaan pelanggan.

Bayaran yang selalu dikenakan adalah di antara RM1,800 untuk perkhidmatan asas dan tidak mustahil ia boleh mencecah RM15,000 untuk kes-kes yang penuh komplikasi seperti johatsu yang ingin lari daripada hutang.

Kebanyakan daripada kes johatsu ini terdiri daripada mangsa keganasan rumah tangga, mereka yang ingin melarikan diri daripada kumpulan ajaran sesat dan majikan yang zalim.

Walaupun begitu, kebanyakan daripada yonigeya ini tidak akan menawarkan perkhidmatan mereka kepada individu yang mahu lari daripada jenayah yang telah dilakukan.

Memetik laporan Time, yonigeya itu turut mengesahkan bahawa ada juga pelanggan yang mahu menjadi johatsu kerana mahu memulakan hidup baharu dan mahu mencuba suasana yang berbeza untuk merealisasikan impian tersebut.

Kesimpulannya, johatsu adalah individu yang memulakan hidup baharu dengan identiti berbeza untuk melarikan diri daripada perhatian masyarakat.

Sumber: Iluminasi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.048163 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list