CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4415|Reply: 10

Pelan Rumah Melayu Tradisional. Apakah Kesitimewaannya?

[Copy link]
Post time 19-5-2021 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Pelan Rumah Melayu Tradisional. Apakah Kesitimewaannya?

Rekabentuk rumah Melayu tradisional amat mengkagumkan kerana ia direkabentuk dengan mengambil kira faktor bahan tempatan dan iklim setempat.

Rumah yang sejuk dan mempunyai pengudaraan serta pencahayaan secara semulajadi. Mari sama-sama kita mengenali rekabentuk dan ciri-cirinya.

Pengenalan Rumah merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Rumah Melayu dan pembinaannya menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya.



Perspektif & Lakaran Luar Rumah Melayu Tradiosional : sumber dari keriswarisan Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina.

Reka bentuk tersebut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang.

Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.

Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.

Pada peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk ini kemudiannya berubah mengikut arus perubahan zaman. Apakah 6 ciri-ciri Istimewa Rumah Melayu?



Keratan Rentas Rumah Melayu Tradisional : sumber dari keriswarisan

1. Bumbung Rumah tradisional Melayu terdiri dari bumbung tetap, tetapi berubah kepada bentuk limas atau dipanggil’ Bumbung Belanda’ selepas kedatangan penjajah.

Bumbung sentiasa condong untuk kesesuaian cuaca panas tropika. Di sepanjang tepian hujung bumbung, dipasang cucur atap atau papan cantik berukir melambangkan kehalusan seni masyarakat Melayu.

2. Anjung Anjung merupakan tempat berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Wanita kebiasaannya di dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung rumah. Ini menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat, sehinggakan mereka dipandang tinggi kerana kaya dengan kehalusan budi pekerti. Tambahan, ini bertujuan mengelakkan fitnah, di mana tetamu lelaki hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.

3. Ruang Utama/Rumah Ibu Ruang utama ini dipanggil rumah ibu sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. Sesuai dengan nama ini, fungsinya adalah sebagai tempat berkumpul ahli keluarga untuk beristirehat dan bersantai bersama-sama.

4. Bilik Bilik merupakan ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Kebiasaannya anak lelaki dan perempuan akan diasingkan. Ini melambangkan masyarakat Melayu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

5. Dapur Dibatasi dinding antara ruang utama dengan dapur. Dapur sebagai tempat memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan, menandakan peranan perempuan di belakang lelaki.

6. Ukiran Seni ukir banyak didapati di tangga, dinding beranda dan papan cucur atap. Ini membuktikan masyarakat Melayu kaya dengan seni tersendiri. Ukiran yang dibuat bukan sahaja sebagai seni perhiasaan, malah menggalakkan pengaliran udara dan cahaya masuk untuk menceriakan rumah.


Apakah 4 Faktor Mempengaruhi Pembinaan Rumah Melayu?



Keratan Rentas Rumah Melayu Tradisional : sumber dari keriswarisan Pembinaan rumah Melayu dipengaruhi oleh 4 faktor utama di bawah :

1. Cuaca Faktor cuaca memainkan peranan dalam reka bentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelakkan banjir.

Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada reka bentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin di bahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.

2. Sumber Alam Bahan binaan ialah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.

3. Budaya dan adat resam Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

4. Pengaruh asing Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung atau pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur iaitu praktikal dan seni.

Kesimpulan Kreativiti minda bangsa Melayu yang diwarisi oleh tukang-tukang yang mahir telah menghasilkan reka bentuk seni bina yang bukan sahaja indah malahan halus dan kaya dengan falsafah yang tersirat tetapi mudah difahami. Tetapi sayang, tradisi ini tidak lagi dapat bertahan dalam arus pemodenan bangsa Melayu kerana amat sukar mendapati tukang yang mahir dewasa ini. Semoga maklumat kali ini dapat menambah ilmu dan idea rumah idaman anda. Ciri rumah ini boleh diadaptasikan pada rumah banglo idaman anda.



Sumber: malaysiana, scribd.com, keriswarisan.com dan arkib negara Malaysia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bumbung tinggi. Ada sisip angin.

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tingkap dia macam pintu tinggi nya. Tapi ada pagar tu i like. Then ukir2. Lawa nyer
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah kampung siang panas, malam sejuk... Rumah aku dulu letak langit2 tak bagi nampak zink atas.  Rindunya duduk rumah kampung.. suka tingkap style adabi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya rumah kampung .. for bercuti sekali sekala .. mmg best .. bumbung tinggi .. and lubang angin .... Tingkap sisip2 macam adabi ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat merasa duduk di rumah kampung arwah datuk nenek masa kecik. Berdindingkan kayu, beratapkan zink. Rumah atas stilt. Arwah datuk letak bekas mandi mayat bawah stilt & slalu bau kapur barus. Dlm rumah byk tangga yg pendek2. Masuk hall naik tangga, masuk dapur turun tangga. Tapi paling scary dgn bilik air sbb besar sgt & ada kolah besar. Kalo mandi or buang air mesti nak berteman especially waktu mlm sbb dinding toilet half zink, ada lubang2 kat atas. Satu pengalaman yg anak2 aku takkan rasa dlm hidup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rmh setel down meols buat rmh kayu je kat kg dlm kebun jauh dr pandangan jauh dr jalan tp lori bisnes meols elok je bole akses.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 11:41 AM | Show all posts
rumah arwah atok opah mcm ni..
ada anjung . org dtg, sembang mmg dok kat situ..

naik ruang tamu, tempat lepak..
bahagian dapur rendah sikit, kena turun ke bawah dr ruang tamu tu..
arwah opah ada tempat keringkan pinggan mangkuk kat dapurnya.. kayu susun jarang2, utk tos air ke bawah.

sejak bumbung rumbia tu berganti atap zink, selalu siang hari agak panas. tp antara bumbung tu ada lubang angin.. subuh sangat sejukkk..

bilik mandi di luar rumah. Arwah opah ada perigi...
skrg ada lg.. tp dah tak berjaga.. penuh daun dan ranting kayu je...

rumah tu ditinggal je skrg ni.. xde sapa nk balik kg.. ramai berhijrah ke bandar..

nun di Kg Pasir Salak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sbnarnya.. yg dulu.. bkn guna atap zink.. guna atap rumbia/sagu/nipah atau atap genting..
atap zing mmg murah tapi panas..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka amat tengok rumah2 kampung especially kat Melaka..kat dekat2 area rumah aku area Bangi ni pun aku suka..selalu drive saja2 masuk kampung2 nk tgk rumah or kebun org..haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang mmg tak mampulah buat rumah daripada papan sebab kos dan rumah batu lebih kukuh. Harap revise semula design rumah batu sekarang supaya lebih mesra dengan iklim tropika.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.567416 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list