CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1341|Reply: 0

Kisah Bagaimana 4 Stadium Bola Sepak Terkenal Ini Dapat Nama Mereka

[Copy link]
Post time 1-6-2021 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Bagaimana 4 Stadium Bola Sepak Terkenal Ini Dapat Nama Mereka


*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Iluminasi

Semua peminat bola sepak pasti mahu mengunjungi stadium kelab kegemaran mereka sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kami akan kongsikan sejarah ringkas di sebalik nama empat stadium bola sepak terkenal di dunia menerusi artikel ini:

1. Santiago Bernabeu



Dibuka pada tahun 1947, stadium Santiago Bernabeu ini digunakan oleh kelab terkenal Sepanyol iaitu Real Madrid. Stadium ini mengambil nama bekas pemain Real Madrid sendiri iaitu Santiago Bernabeu yang pernah bermain sebagai penyerang di kelab berkenaan sebelum menjadi pengurus.

Real Madrid mengalami masalah pengurusan selepas tamatnya perang saudara Sepanyol. Selepas pelantikan Santiago sebagai presiden kelab berkenaan pada tahun 1943, beliau memulakan rancangan jangka masa panjang untuk menstrukturkan semula kelab dan juga pembinaan stadium baharu mereka.

Stadium itu kemudiannya dibuka pada tahun 1947 dengan nama New Chamartin Stadium sebelum ia diubah kepada Santiago Bernabeu pada tahun 1955 atas sumbangan beliau terhadap kelab tersebut.

2. Camp Nou



Camp Nou sepatutnya dinamakan sebagai Stadium Joan Gamper pada awalnya bersempena dengan nama pengasas kelab Barcelona dari Switzerland.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan kelab memilih untuk menamakannya sebagai Estadio del FC Barcelona atau Stadium Kelab Barcelona.

Nama stadium itu bagaimanapun kerap bertukar antara Camp Nou atau Nou Camp sejak pembukaannya pada tahun 1957. Namun, apa yang membuatkan stadium itu dikenali dengan nama Camp Nou sehingga ke hari ini ialah undian pada tahun 2001 yang menamakan stadium itu sebagai Camp Nou secara rasmi.

3. Old Trafford



Dibuka pada tahun 1910, stadium kelab bola sepak Manchester United ini mengambil nama daripada kawasan stadium berkenaan. Mereka juga berkongsi nama dengan sebuah lagi stadium iaitu Lapangan Kriket Old Trafford.

Sebuah keluarga bangsawan bernama de Trafford sudah lama mendiami kawasan tersebut dan turut membina rumah agam bernama Trafford Hall. Selepas perpindahan pewaris keluarga berkenaan ke Trafford Hall baharu, orang ramai mula merujuk rumah asal mereka sebagai Trafford Hall lama.

Kawasan sekitar rumah agam berkenaan pula dikenali sebagai Old Trafford iaitu nama lokasi utama kawasan tersebut.

4. Stadio Giuseppe Meazza/ Stadium San Siro


AC Milan dan Inter Milan merupakan seteru utama yang saling bersaing merebut takhta kejuaraan Serie A. Walaupun begitu, kedua-dua kelab ini juga berkongsi stadium yang sama iaitu Stadio Giuseppe Meazza ataupun turut dikenali dengan nama lainnya San Siro.

Ramai orang merujuk kepada stadium ini sebagai San Siro. San Siro ialah nama kawasan stadium berkenaan. Walau bagaimanapun, nama rasmi stadium ini sebenarnya ialah Giuseppe Meazza,

Giuseppe ialah seorang bekas pemain bola sepak yang pernah bermain untuk kedua-dua kelab sepanjang kerjayanya tetapi beliau bagaimanapun lebih disanjung tinggi oleh peminat Inter Milan kerana statusnya sebagai salah seorang pemain lagenda kelab tersebut.

Peminat tegar kelab AC Milan akan merujuk stadium ini dengan nama San Siro manakala penyokong Inter Milan pula tidak kisah menggunakan kedua-dua nama. Bagi peminat AC Milan, stadium itu hanya layak dikenali dengan nama Stadium San Siro.

Adakah stadium kelab bola sepak kegemaran anda termasuk dalam senarai di atas?

Sumber:
Iluminasi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.334608 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list