CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2004|Reply: 2

Urut Menggunakan Pisau, Tradisi Berusia 2,000 Tahun Ini Masih Diamalkan Di Taiwa

[Copy link]
Post time 2-6-2021 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Urut Menggunakan Pisau, Tradisi Berusia 2,000 Tahun Ini Masih Diamalkan Di Taiwan


Siapa sangka perkakas dapur yang berbahaya seperti pisau juga boleh digunakan sebagai alatan untuk mengurut?

Daoliao iaitu urutan tradisional yang menggunakan bilahan pisau daging ini, merupakan sebuah tradisi yang masih diamalkan di Taiwan sejak hampir 80 tahun yang lalu.

Tradisi terapi pisau ini dikatakan telah bertapak di negara Cina sedari 770 SM sehingga 476 SM lagi.

Daoliao diperkenalkan oleh para sami Buddha sebagai salah satu alternatif terakhir setelah perubatan tradisional Cina gagal menyembuhkan sebuah penyakit misteri.

Kemudiannya, urutan terapi pisau ini bertapak di Jepun pada zaman Dinasti Tang 1,000 tahun selepas tradisi itu pupus dari tanah besar China.

Berdepan dengan nasib yang sama, Daoliao ini tidak lagi diamalkan oleh penduduk di Jepun atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun kedengaran mengerikan, urutan terapi pisau ini tidaklah membahayakan kerana permukaan yang diurut akan dilapikkan dengan tuala.

Budaya mengurut menggunakan pisau ini diperkenalkan di Taiwan selepas perang saudara di China pada sekitar tahun 1940-an berlaku dan Daoliao mula diamalkan kembali baru-baru ini.



Ahli terapi pisau ini akan menggunakan pisau pemotong daging yang tumpul untuk mencapai titik-titik tekanan dan tempat-tempat yang tidak dapat dicapai oleh jari. Antaranya, bahagian tapak tangan, tapak kaki dan juga pada bahagian kepala.

Meskipun tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan kelebihan urutan terapi pisau ini, Daoliao dikatakan dapat menyembuhkan penyakit fizikal seperti artritis dan juga penyakit sukar tidur malam, iaitu insomnia.

Urutan terapi pisau ini merupakan salah satu bentuk perubatan Cina yang juga dipercayai mempunyai keupayaan untuk memulihkan fizikal dan emosi.



Terapi Daoliao ini sama seperti rawatan tradisional Cina, akupuntur, tetapi para tukang urut mempercayai bahawa pisau-pisau ini mempunyai kuasa yang tidak dapat kita lihatkan dengan mata kasar.

Para tukang urut juga dinasihati agar tidak mengurut ketika emosi mereka sedang tidak stabil. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada tenaga-tenaga negatif tersalur kepada pelanggan mereka.

Sepanjang pengamalan terapi ini, tiada rekod yang menunjukkan bahawa rawatan ini telah mencederakan para pelanggan.


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2021 09:46 AM | Show all posts
masa kat UM dulu bff kaka org Sarawak ajar kami urut guna duit syiling. merah la belakang tuh berbalar.
ada yang sedawa n terkentut-kentut keluar angin sementara kaka tade efek apa pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkkk..sanggup ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050584 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list