CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2344|Reply: 1

5 Tips Sempoi Elak Kewangan Anak Muda Barai

[Copy link]
Post time 2-6-2021 12:23 PM | Show all posts |Read mode
'Gaji dah habis baru nak menyesal'

Makin ramai anak muda yang terlampau ikut trend sampai duit gaji yang baru diperoleh telah dibelanjakan. Mereka sanggup jadi 'pak turut' nafsu asalkan bergaya depan orang lain. Sikap ini patut diubah untuk elakkan kewangan korang barai dalam jangka masa panjang. Boleh follow 5 tips sempoi ni ...

1) Hidup Berjimat-Cermat
Pertama, hidup berjimat-cermat. Kalau sebelum ni dapat gaji mesti beli Starbucks atau Nandos, kurangkan lah. Boleh je makan tapi jangan sampai korang lupa nak menyimpan dan
buat-buat lupa bayar hutang. Jadi, berubah la. Tak payah mengada-ngada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang jugak dahaga korang tu.

2) Rancang Bajet Kewangan
Mula rangka bajet kewangan. Kalau boleh tulis dan ikut 100%. Senaraikan semua perbelanjaan bulanan, utamakan keperluan daripada kehendak. Paling penting, ikut bajet yang korang buat.
Jangan sekali-kali mengelat. Pupuk disiplin dalam hal berbelanja. Baru korang tahu ke mana duit korang pergi.

3) Elak Berbelanja Besar
Elak berbelanja besar. Kalau ternampak ada perkataan SALE/DISCOUNT cepat-cepat elak dan keluar dari situ. Ini akan memerangkap anda untuk beli tak ingat dunia. Jangan beli, nanti pasti akan menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Sebelum berbelanja, fikir habis-habis dulu sebelum keluarkan duit dalam dompet tu.

4) Buat Simpanan Setiap Bulan
Simpanan yang selamat dan leceh untuk keluarkan adalah ASB dan Tabung Haji. Korang buat je potongan gaji setiap bulan. Mudah dan tak payah pening kepala nak menyimpan duit. Lebihan lepas dah simpan tu, baru korang boleh belanjakan.

5) Buang Perangai Suka Membazir
Jauhkan diri daripada sifat suka membazir. Belajar bezakan barang-barang keperluan dan kehendak. Kalau gaji korang bawah RM3,000, tak payah berangan nak pakai kereta mahal, pakai smartphone baru, baju berjenama dan lain-lain. Bila bank call, tak berani pulak nak angkat. Barang yang ada, guna sampai habis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 08:50 AM | Show all posts
topik bosan. lagipun ini board perempuan, kitorang tak suka berjimat... banyak giler expenses utk maintain body, skin & rambut.
sila pindah thread ni ke board lelaki.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 1.220346 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list