Setiap kali perintah kawalan pergerakan (PKP), pasti ada resepi masakan yang menjadi tular. Kali ini, Puding Lockdown namanya sesuai dengan keadaan semasa negara kita.
Bahan dan cara menyediakannya juga amat mudah.
Resepi 3 bahan:
Kredit foto: Google - Gambar hiasan
- 250ml air kotak mengikut citarasa masing-masing
- 2 sudu besar gula atau mengikut kadar kemanisan masing-masing
- 1 sudu teh serbuk agar-agar (clear)
Cara-cara menyediakannya:
1) Potong bahagian atas air kotak atau sediakan bekas yang sesuai.
2) Masukkan air kotak tadi ke dalam periuk bersama gula dan agar-agar. Kacau sebentar.
3) Panaskan atas api kecil
4) Bila nampak nak mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika di dalam periuk sebelum dimasukkan ke dalam kotak/bekas
5) Tunggu adunan sejuk dan masukkan dalam peti ais. Tunggu sehingga puding keras dan sedia untuk dimakan.
Nota:
Kredit foto: FB Nur Ida
- Public Health Malaysia menyarankan menggunakan bekas yang sesuai untuk membuat resepi ini. Pastikan adunan sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas yang bersesuaian.
- 1 paket serbuk agar-agar dapat menghasilkan 4 kotak puding
- Air kotak boleh guna kandungannya 200-250ml
- Minuman bersoda dalam bentuk air kotak, air tin atau sebagainya mengandungi gula dan boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Jadi, sekiranya anda memilih versi yang berperisa, pilih jenama pemanis dengan kandungan buah semula jadi dan bukannya pemanis biasa atau buatan.
Selamat mencuba. - CARI |