View: 1715|Reply: 1
|
Bukannya Pilih Untuk Berteduh, Rakyat Mesir Gagah Mandi Pasir Pada Musim Panas
[Copy link]
|
|
Bukannya Pilih Untuk Berteduh, Rakyat Mesir Gagah Mandi Pasir Pada Musim Panas
Padang pasir yang panas terik di Mesir mungkin merupakan tempat terakhir yang ingin dikunjungi oleh seseorang, terutamanya ketika musim panas. Namun bagi penduduk di Mesir, menanam diri atau mandi dengan pasir merupakan harapan terakhir untuk menyembuhkan penyakit.
Mandi pasir di pertengahan musim panas merupakan rawatan tradisional buat penduduk di Mesir ini. Penduduk tempatan mengatakan bahawa mandi pasir kering dapat menyembuhkan penyakit seperti rematik, sakit sendi, kemandulan atau mati pucuk.
Pesakit akan bersantai di tempat teduh sebelum rawatan yang merangkumi urutan di kaki dan menanam pesakit sehingga paras leher di padang pasir oleh pekerja kesihatan. Namun pesakit perlu menaggalkan pakaian bagi menjalani rawatan mandi pasir tersebut.
Masa yang dihabiskan untuk mandi di pasir adalah antara 10 hingga 15 minit, dan rawatan ini biasanya memakan masa antara tiga hingga lima hari.
Sepanjang masa itu, pesakit tidak dibenarkan mandi atau bersentuhan dengan udara sejuk dan biasanya tidak menjadi masalah jika anda berada di tengah padang pasir. Pesakit juga disarankan untuk minum secawan teh pudina bagi setiap rawatan.
Berpeluh boleh mengeluarkan toksin dalam badan dan biji-bijian pasir boleh membersihkan kulit mati. Berat pasir juga membantu merehatkan otot dan menenangkan fikiran. Oleh kerana pasir mengandungi mineral, mandi pasir juga digunakan untuk merawat keadaan kulit, seperti jerawat, psoriasis dan penyakit lain.
Rawatan mandi pasir ini telah dipraktikkan di negara Jepun dan merupakan salah satu rawatan yang terkenal kepada penduduk di sana.
Sumber:https://plus.wiser.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lain mcm diorg ni...pasir panas wuiii x snggup.
ni pun mcm nak terjun kolam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|