Parra Mempunyai Satu Lagi Nike SB Dunk Low Yang Akan Hadir Tidak Lama Lagi
Selama lebih dari satu dekad perjanjian kolaborasi mereka, artis Belanda, Parra dan Nike masih mengeluarkan produk kolaboratif, yang terbaru adalah penggunaan colour blocking pada Nike SB Dunk Low.
Setiap kasut lengkap dengan panel kulit putih, toebox dan collar, dan menggunakan Swoosh kulit hitam yang lebih pendek daripada biasa di bahagian tengah kaki. Walau bagaimanapun, lapisan suede berbeza pada setiap belah kasut.
Kasut belah kanan menggabungkan warna biru dan biru-hijau dengan sedikit merah, sementara belah kiri menawarkan gabungan warna merah jambu, oren dan merah. Penjenamaan kaki depan dan tumit juga berbeza, dengan belah kanan menggunakan logo Parra dan logo Nike di tumit sementara kasut belah kiri hadir dengan swoosh mini dan logo Parra pada tumit. Kedua-duanya dilengkapi dengan corak pada tag lidah kasut serta bahagian tengah putih dan tapak kasut getah.
Tarikh pelancaran rasmi atau harga Parra x Nike SB Dunk Low ini masih belum didedahkan. Mari kita sama-sama nantikan kenyataan rasmi dari Parra sendiri.