Sudah Lebih Dari 100 Tahun Sejak Biskut Oreo Mula Dihasilkan
Oreo telah memegang gelaran sebagai biskut terlaris di dunia dengan hasil jualan lebih dari 450 bilion bungkusan sejak ia dihasilkan.
Biskut Oreo ini dikenali dengan dua wafer coklat berbentuk bulat dan mempunyai krim yang manis di antaranya. Kini, Oreo telah tampil dengan pelbagai bentuk, saiz dan perisa untuk memenuhi cita rasa pelanggan.
Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang biskut Oreo yang anda mungkin tidak tahu.
1. Oreo telah wujud selama lebih dari 100 tahun
Oreo pertama kali dihasilkan pada tahun 1912 oleh National Biscuit Company (Nabisco) dan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada trio kepada “biskut kelas tertinggi” bersama Mother Goose dan Veronese.
Walaupun Oreo kini dimiliki oleh Kraft Foods, ia masih biskut yang sama seperti pertama kali dibuat pada tahun 1912.
2. Perisa kek diperkenalkan pada ulang tahun Oreo yang ke-100
Untuk meraikan 100 tahun sejak Oreo dihasilkan, perisa kek hari jadi diperkenalkan pada tahun 2012 di seluruh dunia.
Ulang tahun ke-100 ini mempunyai krim yang istimewa bersama taburan untuk menggambarkan tema hari jadi dan pada salah satu biskut Oreo terdapat cetakan “Oreo 100.”
3. Terdapat lebih daripada 50 perisa Oreo yang berbeza
Selama bertahun-tahun, Oreo telah memperkenalkan pelbagai perisa yang berbeza di seluruh dunia termasuk banana split, cotton candy, red velvet, pumpkin spice, caramel apple, marshmallow crispy, cookie dough dan banyak perisa lagi.
4. Oreos adalah biskut yang berbeza di China
Pada tahun 1996 Oreo dibawa ke pasaran China, namun mereka tidak mempunyai cita rasa yang sama seperti orang Amerika. Oreo itu hampir dikeluarkan dari rak kerana ia begitu tidak popular.
Sebaliknya, Kraft memutuskan untuk menyesuaikan Oreo mengikut cita rasa orang Cina supaya ia dapat dijual ke pasaran.
5. Hari Kebangsaan Oreo
Tahukah anda terdapat Hari Kebangsaan Oreo yang diraikan pada 6 Mac setiap tahun? Ia disambut di seluruh Amerika Syarikat dengan menikmati biskut Oreo sambil bermain permainan dengan rakan-rakan dan keluarga.
Ia telah menjadi trend untuk berkongsi cara anda memakannya, sama ada mencelup biskut itu dalam susu atau memisahkan biskut dan makan krim secara berasingan.