View: 1635|Reply: 0
|
[SEJARAH]
Lebih 7 Dekad Untuk Dicari, Banyak Lagi Fakta Tentang Kapal Layar Titanic
[Copy link]
|
|
Lebih 7 Dekad Untuk Dicari, Banyak Lagi Fakta Tentang Kapal Layar Titanic
Royal Mail Ship (RMS) Titanic merupakan kapal layar mewah British yang telah karam pada 15 April 1912 semasa belayar ke New York dan meragut nyawa seramai 1,500 orang. Ini merupakan salah satu tragedi yang terkenal dalam sejarah, dan kejadian ini telah diinspirasikan dalam beberapa buah filem dan muzikal.
1. Nilai nyawa bergantung dengan pangkat dan harta
Tahukah anda terdapat beberapa kelas untuk membezakan taraf hidup seseorang dalam kapal layar ini? Terdapat tiga kelas yang dibahagikan dalam kapal layar ini iaitu kelas pertama, kedua dan ketiga.
Jika seseorang itu yang mempunyai banyak harta, dia akan berada dalam kategori kelas pertama. Lokasi bilik untuk kelas pertama terletak paling atas dalam bahagian kapal. Mereka tidur di bilik peribadi yang luas dan menikmati makanan yang lazat di ruang makan yang cantik. Mereka juga mempunyai akses untuk pelbagai kemudahan seperti kafe, kolam renang, gunting rambut, gelangang sukan dan bilik bacaan dan penulisan.
Kelas kedua pula untuk mereka yang berpendapatan sederhana. Bilik kelas kedua ini mempunyai dua atau empat katil dan sofa. Penumpang kelas kedua juga boleh menikmati persiaran luar, bilik bersantai, perpustakaan dan ruang makan.
Kelas ketiga pula mempunyai kemudahan yang lebih asas di mana ia terletak di bahagian bawah kapal dan kabin itu boleh muat seramai sepuluh orang. Mereka juga mempunyai ruang makan yang menghidangkan makanan sebanyak tiga kali sehari. Namun, seramai 700 orang penumpang kelas ketiga terpaksa berkongsi dua tab mandi sahaja.
2. Hanya mempunyai 20 bot penyelamat
Seperti yang diketahui Titanic merupakan kapal layar yang terbesar dalam sejarah, namun agak mengejutkan kerana ia hanya mempunyai 20 bot penyelamat walaupun ia mampu membawa sebanyak 64 bot penyelamat. Jumlah bot penyelamat yang disediakan tidak mampu membawa separuh dari penumpang yang ada.
Apa yang lebih buruk adalah bot penyelamat pertama yang dilancarkan mempunyai separuh ruang kosong sahaja. Akibatnya kerana panik, ramai orang melompat ke dalam laut untuk melarikan diri dari kapal karam dan tenggelam.
3. Meninggal akibat kesejukan
Suhu air laut yang mencecah negatif dua darjah celsius, kebanyakan penumpang yang terjun ke laut akan meninggal dunia dalam kesejukan sepantas 15 minit. Ada yang mampu bertahan lebih lama dengan berpaut pada serpihan kayu bot atau mayat yang terapung.
4. Bot penyelamat dikeluarkan selepas satu jam kapal melanggar aisberg
Ia mungkin kelihatan seperti masuk akal untuk melepaskan bot penyelamat dengan segera selepas berlakunya perlanggaran yang teruk. Walau bagaimanapun, Titanic tidak melepaskan bot penyelamat selepas satu jam berlalunya kejadian itu.
5. Peninjau kapal terpaksa bergantung pada penglihatan mereka sahaja
Peninjau kapal iaitu Frederick Fleet dan Reginald Lee tidak mempunyai akses kepada teropong semasa perjalanan dan ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat dengan jauh.
Pegawai kapal yang kedua digantikan pada minit terakhir dan terlupa untuk menyerahkan kunci loker yang menyimpan teropong kapal itu.
Ini juga menyebabkan peninjau kapal tidak dapat menglihat aisberg dengan jelas sehingga jaraknya dengan kapal dianggarkan dalam masa 37 saat sahaja sebelum berlakunya perlanggaran.
6. Kapal itu membawa 2,223 penumpang termasuk anak kapal
Daripada 2,223 orang di atas Titanic, seramai 1,517 orang tidak bertahan dalam perlanggaran dengan aisberg itu. Namun kapal itu tidak mempunyai kapasiti penuh kerana ia boleh membawa lebih daripada 3,500 orang.
7. Lebih dari tujuh dekad untuk mencari Titanic
Sisa-sisa Titanic tidak dijumpai sehingga tahun 1985 iaitu kira-kira 73 tahun selepas kapal itu tenggelam. Dr. Robert D. Ballard dari Institut Oceanografi Woods Hole di Massachusetts dan satu pasukan penyelidik Amerika dan Perancis menemui bangkai Titanic dengan bantuan kapal selam.
8. Pemuzik bermain selama lebih dari dua jam ketika kapal karam
Walaupun tidak jelas lagu apa yang dimainkan ketika kapal itu karam, namun anda boleh bayangkan betapa muramnya atmofera pada ketika itu. Dalam filem Titanic, salah satu lagu yang dimainkan adalah “Nearer, My God, to Thee” yang dipercayai merupakan lagu terakhir yang dimainkan di atas kapal dalam kejadian sebenar.
Sumber:https://plus.wiser.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|