View: 4563|Reply: 5
|
3 Cara Meningkatkan Karisma Diri
[Copy link]
|
|
Kata karisma berasal dari bahasa Yunani, 'charis', yang bermaksud hadiah atau bakat; menurut psikologi sosial moden, karisma adalah pengaruh yang dimiliki seseorang terhadap orang atau kumpulan lain. Oleh itu, jika anda ingin meningkatkan karisma anda, baik dalam kehidupan anda secara umum dan dalam kehidupan cinta anda, maka anda perlu memahami beberapa sifat 'kekuatan khas' yang terdapat dalam karisma yang membolehkan anda mempengaruhi orang lain. Berikut adalah beberapa rahsia untuk meningkatkan karisma:
1. Kepercayaan Diri
Seorang yang berkarisma biasanya mempunyai tahap peka yang sangat tinggi yang dapat menarik perhatian semua orang. Mereka seolah-olah menyerap tenaga manusia, kemudian memancarkan kepada sesiapa yang memperhatikannya. Keyakinan semacam ini, mesti ditunjukkan melalui tindakan bukan lisan anda. Berdiri dengan postur badan yang lurus, dada serta lengan yang terbuka lebar, wajah yang berseri, dan senyuman yang sentiasa sedia menyambut sesiapa saja. Apabila seseorang menghampiri anda, jadilah orang pertama yang memulakan sentuhan fizik, sama ada dalam bentuk jabat tangan dan tepukan ringan di bahu. Keyakinan juga adalah daya tarikan yang kuat untuk lawan jenis.
2. Mempunyai Visi
Orang-orang yang berkarisma biasanya mempunyai visi dan misi yang jelas. Kebiasaan itu timbul kerana mereka mempunyai tujuan dan matlamat hidup yang jelas. Kepercayaan inilah yang membuat orang-orang di sekitarnya merasa hormat, tertarik, dan mudah terpengaruh. Oleh itu, luangkan masa sejenak untuk menyelami hakikat kehidupan anda. Terokai sebab dan tujuan anda diciptakan di dunia ini, serta seberapa khusus anda diperlukan oleh orang lain di sekitar anda. Selidiki apa yang akan menjadikan dunia ini tidak lengkap tanpa anda.
3. Menguasai Ilmu
Baca sebanyak mungkin buku yang bertentangan dengan minat anda. Ketahui dimana kekuatan dan kelemahan anda. Biasakan menjawab dengan soalan yang sukar untuk dijawab, semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka semakin ramai orang menyukai anda. Sekiranya anda mempunyai gaya atau pemikiran berbeza dalam diri anda, jangan sesekali menyembunyikannya. Biasakan diri anda untuk mengakui kekuatan dan kelemahan anda serta menyatakannya dengan bangga.
Seorang profesor Public Understanding of Psychology-Richard Wisemanmenyatakan bahawa karisma adalah 50% kemampuan semula jadi dan 50% lagi hasil dari tingkah laku . Ini bererti bahawa seseorang yang dilahirkan mempunyai karisma semula jadi masih perlu melakukan sejumlah teknik dan skill karismatik jika mereka mahu untuk meningkatkan pengaruh mereka. Ini adalah berita baik bagi anda yang merasa kurangannya karisma, kerana mulai hari ini, anda dapat memulakan karisma.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
3 Cara Meningkatkan Karisma Diri
3 Cara Meningkatkan Kharisma Diri
Kata karisma berasal dari bahasa Yunani, 'charis', yang bermaksud hadiah atau bakat; menurut psikologi sosial moden, karisma adalah pengaruh yang dimiliki seseorang terhadap orang atau kumpulan lain.
Oleh itu, jika anda ingin meningkatkan karisma anda, baik dalam kehidupan anda secara umum dan dalam kehidupan cinta anda, maka anda perlu memahami beberapa sifat 'kekuatan khas' yang terdapat dalam karisma yang membolehkan anda mempengaruhi orang lain.
Berikut adalah beberapa rahsia untuk meningkatkan karisma:
1. Kepercayaan Diri
Seorang yang berkarisma biasanya mempunyai tahap peka yang sangat tinggi yang dapat menarik perhatian semua orang. Mereka seolah-olah menyerap tenaga manusia, kemudian memancarkan kepada sesiapa yang memperhatikannya. Keyakinan semacam ini, mesti ditunjukkan melalui tindakan bukan lisan anda. Berdiri dengan postur badan yang lurus, dada serta lengan yang terbuka lebar, wajah yang berseri, dan senyuman yang sentiasa sedia menyambut sesiapa saja. Apabila seseorang menghampiri anda, jadilah orang pertama yang memulakan sentuhan fizik, sama ada dalam bentuk jabat tangan dan tepukan ringan di bahu. Keyakinan juga adalah daya tarikan yang kuat untuk lawan jenis.
2. Mempunyai Visi
Orang-orang yang berkarisma biasanya mempunyai visi dan misi yang jelas. Kebiasaan itu timbul kerana mereka mempunyai tujuan dan matlamat hidup yang jelas. Kepercayaan inilah yang membuat orang-orang di sekitarnya merasa hormat, tertarik, dan mudah terpengaruh. Oleh itu, luangkan masa sejenak untuk menyelami hakikat kehidupan anda. Terokai sebab dan tujuan anda diciptakan di dunia ini, serta seberapa khusus anda diperlukan oleh orang lain di sekitar anda. Selidiki apa yang akan menjadikan dunia ini tidak lengkap tanpa anda.
3. Menguasai Ilmu
Baca sebanyak mungkin buku yang bertentangan dengan minat anda. Ketahui dimana kekuatan dan kelemahan anda. Biasakan menjawab dengan soalan yang sukar untuk dijawab, semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka semakin ramai orang menyukai anda. Sekiranya anda mempunyai gaya atau pemikiran berbeza dalam diri anda, jangan sesekali menyembunyikannya. Biasakan diri anda untuk mengakui kekuatan dan kelemahan anda serta menyatakannya dengan bangga.
Gambar hiasan
Seorang profesor Public Understanding of Psychology-Richard Wiseman menyatakan bahawa karisma adalah 50% kemampuan semula jadi dan 50% lagi hasil dari tingkah laku . Ini bererti bahawa seseorang yang dilahirkan mempunyai karisma semula jadi masih perlu melakukan sejumlah teknik dan skill karismatik jika mereka mahu untuk meningkatkan pengaruh mereka. Ini adalah berita baik bagi anda yang merasa kurangannya karisma, kerana mulai hari ini, anda dapat memulakan karisma. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
no 1 je aku dah fail...susah betul rasanya nak bina kepercayaan dan keberanian diri bila berdepan dengan orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
4. Rupa dan badan helok
5. Dress appropriately sesuai dgn occassion
6. Have common sense
7. Being thoughtful and speak nicely |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|