|
Edited by Normabaru at 21-7-2021 09:40 PM
Apa sudah jadi?? Cap beras dah goyang ke... Kata xde psl EL.. Hujung2 kecut
Hobbit koyak sudah
Komen ni makes much sense
Nk stick komen @aciukim xtau nape xlps so kaka cp sini
Komen di FB. Meols nak screenshot tepek sini tak gheti makanya meols copy jur letak sini.
Ni dekat telegram UNadir.
Maaf lama tak update.
Di Gaza jam 3.40 pagi dah, 10 minit lagi kena lawan mengantuk supaya boleh solat Subuh takut-takut terlepas. Semalam dan hari ini (Selasa) kerana tak ada live saya penuhkan dengan kerja di lapangan.
Tak senang mengurus bantuan berpuluh juta ringgit hasil sumbangan ratusan NGO ni, lagi-lagi bila nak buat projek high impact dan sustainable.
Kejap-kejap orang minta update, minta report dan tulang empat kerat ni tak sempat nak penuhi semua hasrat jutaan penyumbang.
Kalau ada pilihan, saya akan angkat tangan dan tinggalkan saja Gaza, cari ceruk mana-mana dan duduk berehat setahun dua. Tubuh saya terasa kosong, hanya robot dan rangka bergerak tapi tak berisi, dah burnout terlalu teruk sampai hangus tak berbaki.
Tapi Gaza ni untuk saya bukan tempat ziarah, bukan tempat boleh datang dan pergi bila mahu, bukan boleh ditinggalkan ikut suka.
Gaza ni darah daging saya. Sebelum saya berkahwin dengan orang Gaza pun tahun 2016, 300 orang anak yatim yang di bawah CGM pada tahun 2013 panggil saya Baba. Saya ziarah mereka rumah ke rumah, sambut hari lahir mereka, buat kejutan dengan ziarah di sekolah, usap kepala mereka sampai mereka lebih tinggi dari saya.
Selepas 10 tahun Gaza dah jadi negara kedua. Anak-anak Gaza anak-anak saya. Pemuda-pemudi Gaza adik-beradik saya. Warga tua Gaza ibu dan bapa saya dan memang saya suka beri khidmat kepada mereka sebab rasa macam berbakti kepada Che dan Abi saya sendiri.
Atok saya sebelah ibu dan ayah kedua-duanya meninggal masa saya di Gaza dan saya tak dapat balik mengurus mereka bersama keluarga sebab waktu perang.
Adik-beradik saya dua, tiga orang berkahwin dan saya hanya belek gambar mereka di whatsapp keluarga sambil air mata meleleh sebab walaupun anak sulung lelaki, tak dapat bersama mereka bila sempadan tak dibuka. Anak buah pun sudah ada dua yang belum jumpa.
Isteri saya yang mengandung anak pertama, keguguran dan janin anak yang dah agak sempurna jatuh dan terburai di depan mata di lantai bilik air. Sebab apa? Kerana dua minggu sebelumnya dia terpaksa merangkak di atas tanah menyusup bawah pagar sempadan Mesir dan bertolak-tolak dengan ratusan penduduk Palestin untuk masuk ke dewan menunggu, setelah berhari-hari menunggu bersama deretan kereta berkilometer panjang di checkpoint Terusan Suez dan puluhan checkpoint lain untuk sampai ke Arish, kencing di semak dan tidur di birai jalan! Begitu penduduk Gaza bertarung nyawa untuk masuk ke tanah air mereka sendiri, tak semudah bertolak pagi malam boleh sampai, mereka bermusafir dengan penuh kehinaan, barang diperiksa dan dicuri, beg diterbalikkan dan dicampakkan ke atas tanah untuk pastikan tidak ada barang haram diseludup masuk.
Sepanjang perang 2014, selama 51 hari bangunan sekitar rumah saya dibom dan nyawa dihujung tanduk tetapi kami tetap juga keluar membuka kem-kem pelarian sementara kerana rakyat perlu makan, perlu ada tempat tidur. Dalam perang itu juga rumah keluarga isteri dibom. Dalam perang itu juga adik ipar saya syahid.
Tahun 2018 berminggu-minggu saya ikut penduduk ke perarakan aman The Great Return March di sempadan walaupun di depan mata pemuda ditembak syahid, kaki dan tangan putus dan semua video ini saya kongsikan pun di fb lama.
Tapi kami tetap bertahan sehingga perang kali ini di mana Allah takdirkan mata kalian terbuka dan hati terketuk melihat nasib saudara kalian di sini.
Sebab itu saya bukan riak bila sebutkan tentang realiti pahit Gaza. Saya bukan nak tumpang glamor bila menunggu tiga jam untuk menyambut tetamu masuk walaupun tak dipandang dan dilayan macam tiang kalau bukan sampah. Saya bukan nak tunjuk pandai bila menasihat walaupun kadang-kadang berbunyi sinis.
Dan saya tak peduli kalian siapa dan apa kalian mahu katakan, kerana perjuangan masih panjang dan itu lebih utama.
Yang sudah lama berjuang bertahun-tahun bersama saya, terima kasih dari sedalam-dalam hati, kalian sumber kekuatan saya dan kalian tahu naik turun ini. Yang baru kenal selepas tanah 360km persegi ini dibedil baru-baru ini, ambil masa untuk mengenali dahulu sebelum cepat menghukum, melatah dan menuduh.
Yang ni dr ig @jab.netizen tp kne follow br nmpk
[ig]https://www.instagram.com/p/CRY3I94JWxi/?utm_medium=copy_link[/ig]
Da nak cash ke 21july ni
Jom get ready popcorn perisa rendang dgg qorban byk2
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|