Biasanya sesebuah pasangan itu akan berpisah kerana tidak lagi sefahaman atau hubungan mereka terhalang oleh faktor keluarga mahupun kerja, dan kebanyakan hubungan yang tidak berjaya akan berakhir dengan buruk manakala perasaan terhadap pasangan juga berubah.
Tetapi ada juga pasangan yang mampu berpisah dengan baik demi kebahagiaan diri masing-masing, dan kekal berkawan seperti biasa selepas membawa haluan masing-masing.
Terbaharu, seorang pengguna Instagram Alia Nur Shafira telah berkongsi video bertemu secara tidak sengaja dengan bekas suaminya yang sudah berpisah sejak 3 tahun lalu di sebuah Pusat Pemberian Vaksin
Dalam video yang dikongsikan, wanita tersebut dilihat berjalan ke kaunter setelah nombor gilirannya dipanggil, dan secara kebetulan individu yang duduk di kaunter berkenaan adalah bekas suaminya sendiri.
Bekas suami wanita itu yang bertugas sebagai sukarelawan menyambut mesra dirinya dan mengisikan borang wanita tersebut. Apabila wanita itu tanya jika dia memerlukan nombor kad pengenalannya, bekas suaminya menjawab bahawa dia masih ingat segala-galanya tentang bekas isterinya itu.
Walaupun telah berpisah sejak 3 tahun lepas, kemesraan antara kedua bekas pasangan tersebut membuat netizen cair dan sayu.
Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa terharu melihat Alia dan bekas suami yang masih layan antara satu sama lain dengan baik. Malah, rata-rata netizen turut tertanya-tanya mengapa mereka berdua berpisah.
Para netizen turut mendoakan yang terbaik baik Alia dan bekas suaminya. Apa pun, semoga mereka tetap bahagia dengan kehidupan mereka dan juga pilihan yang telah dipilih.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register