View: 1905|Reply: 3
|
Kajian Mendapati Terlebih Tidur Boleh Sebabkan Penyakit Strok
[Copy link]
|
|
Kajian Mendapati Terlebih Tidur Boleh Sebabkan Penyakit Strok
Waktu tidur merupakan tempoh paling penting bagi tubuh manusia untuk mendapatkan rehat yang cukup. Menurut kajian, tempoh tidur lena yang diperlukan setiap individu dewasa adalah antara tujuh sehingga lapan jam sehari. Sekiranya badan kita tidak mendapat rehat yang mencukupi, ia akan memberi kesan kepada tahap kecergasan dan juga kecerdasan.
Namun begitu, tidur yang terlalu lama atau dalam erti kata lain, terlebih tidur boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang.
Menurut kajian di Universiti Sains dan Teknologi Huangzhong di China, seseorang yang tidur terlalu lama lebih berpotensi untuk diserang penyakit strok berbanding mereka yang mengamalkan tidur secara normal.
Kajian yang dijalankan dalam tempoh enam tahun itu melibatkan 31,750 orang di China. Kesemuanya tidak mempunyai sejarah penyakit strok atau apa-apa masalah kesihatan yang serius.
Sepanjang kajian itu, sebanyak 1,557 kes strok telah dicatat dan semuanya berpunca daripada tempoh tidur yang berlebihan.
Pada masa yang sama, kajian tersebut juga mendapati mereka yang tidur kurang daripada tujuh atau lapan jam sehari kurang berisiko untuk diserang penyakit strok.
Jadi, pastikan anda tidak tidur terlalu lama kalau tidak mahu menyesal di kemudian hari!
Sumber:
mStar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tidur secukupnya laaa. Celik tu bgn je lee |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Tidur lebih akan buat badan lebih lesu. |
|
|
|
|
|
|
|
Menguap dah ni..good info..thanks |
|
|
|
|
|
|
| |
|