|
Salam,
Hari ni, den nak crita pasal rumah sewa den di area pandan indah. Maaf den xleh la nak bgtau rumah mane,
tapi den hint la, rumah di taman cempaka.
rumah dia mcm gambar ni.
So, sumah kecil 2 tingkat, dipotong separuh, kira sebelah2 je jiran.
masa sewa rumah ni, kira rumah pertama la, sbb baru kawin. Sebelumnya duk bangsar,
pindah sini sbb nak dekat dengan LRT, dan juga jalan besar MRR2.
Ceritanya begini, jiran den ni kiri kanan cina, tapi cina yang sgt baik. sangat tolenransi dan peramah.
den xde masalah pun dgn jiran den ni, walaupun diorg bela anjing dan sebagainya. Kenapa den ckp diorg baik ?
Ok, jiran den ni org cina ckp "tangkee", kira mcm perubat , or medium untuk berubat dan sebagainya lah,
masa den baru pindah, diorg buat lepas magrib, hari khamis. akan dgr la diorg "berzikir", ketuk gong, colok, dan sebagainya.
satu hari tu jumaat malam mcm biasa wife baca quran, baca yasin, tetiba diam jiran den ni, dia tunggu smpai la habis isyak baru
diorg sambung. Sejak hari tu, diorg tukar buat hari rabu je. tak buat hari yang sama dengan ngaji kami.
Ade sekali sembang dengan jiran ni, dia cakap tak nak ganggu kami sembahyang. gitu la, so dia hormat den, den pun hormat la depa.
baik kan ? kadang2 bagi buah kat kami, jaga rumah kami bila balik kampung.
Berbalik kepada cerita seram, den sewa situ setahun je, lepas wife bersalin anak sulung, masa tu wife berpantang kat kampung, so den ade sebulan masa duduk sorg-sorg dan kemas untuk berpindah. So bulan terakhir tu mmg kebetulan "tangkee" bizi semacam, dengan byk kematian dia handle, dengan "bulan malam hantu lapar" nya.
so satu hari ni, jiran den sembang-sembang la dengan den, masa tu sebelum magrib, betul-betul tgh hening petang merah2 langit.
dia cerita dengan den, malam ni malam hantu, org cina tak keluar rumah dah lepas matahari tutup. and diorg bagi makan hantu2.
Dah jiran den ni kan "tangkee", memang penuh la makanan2 hantu depan rumah dia, bawah pokok, tepi jalan, semua dia letak.
den tanya dia, "memang ade ke moi hantu datang makan ?" . dia gelak je kat den, dia cakap "kalau u ada baik nasib, nanti u nampak la."
den pun gelak je skali.
dia ckp lagi. "itu rumah u, atas pitu ade cermin, itu uncle xx punya , u tak kasi buang meh ? bagus la, ada itu dekat rumah".
mmg masa pindah sini, ade cermin cina kat atas pintu, den mmg x buang pun, den biar je, anggap je la luar rumah.
masa ni, den tak tau pun ade fungsi cermin tu di kepercayaan cina, cermin kasi serap hantu or energy jahat gitu.
den jawab la : "oo malas la usik-usik rumah org, lagipun sewa ja, lagi sebulan mau pindah sudah".
amoi tu bgtau ok la tu pindah, lagipun sudah ade anak kecik, tak sesuai duduk sebelah dia, dia buat sembahyang rumah dia.
Malam tu, mcm biasa den duk sorg2 kat bilik, tgk movie , dalam pkul 10, 11 malam la masa tu. dengar la bising kat luar, dengar pagar rumah mcm org tolak2 tau.den ingat kan ade org datang ke, or ade anjing jiean terlepas nak masuk rumah ke gitu. pastu den pun usha dari balkoni, dah malam, x nampak sgt, bila usha rupanya yg bising tu bukan pagar rumah den, tapi pagar jiran den tu.
Mcm kene tolak angin pun ade.sbb xde org , xde pape pun kat pagar dia, cuma pagar dia mcm bergerak keluar, mcm kene tolak dari area dalam la, mcm nak bukak pagar gitu. Memula den pun buat tak tau je, tapi asik berbunyi je, masa tu dah nak pkul 12, den nak tidur kang bising lak.
Niat di hati,nak turun bawah, kot2 besi pagar dia tak lock ke , ape ke, ingt nak betulkan la. xnak bising2 den nak tido.
Part ni la yang seram tu. Sebelum den turun, den usha dari balkoni den, usha dari tingkap je, terus berderau darah, terus meremang, terus rasa nak pitam. Ape yang den nampak adalah, seakan-akan org tua yg kurus kering, tapi tinggi dia kepala smpai paras tingkat atas,hitam legam, kedudukan dia masa tu tengah nak capai makanan kat luar pagar, tepi pokok, dan lutut dia yang menolak-nolak pagar rumah tu.
Kira badan dia lepas dari pagar rumah, kaki dia dalam kawasan rumah, sambil tunduk, lutut tolak pagar, sambil capai makanan bawah pokok.
den tgk kejap je, mmg nampak kelibat pastu den terus baring tutup muka dengan bantal. Den cuma harap dia tak jengah dari tingkap balkoni den je.
Tapi den xleh tido geng, sebab badan den seram sejuk, sambil berdebar-debar takot bende alah tu jenguk den. den cuma bukak je bacaan dari phone den. smpai ke pagi. dan smpai kepagi la bunyi pagar tu, lepas tu sesekali bunyi berdengus.
pagi baru la den leh tido. den xde lah nak g tanya jiran den, tapi ape yg den buat is den cpt-cptkan cari rumah dan pindah keluar. Hujung minggu tu juga den keluar. Tak sempat jumpa jiran den sbb dia xde kat rumah.
Seramm nampak hantu cina ni.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|