CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4003|Reply: 30

[SEJARAH] Jim Jones: Penunggang Agama cum Komunis

[Copy link]
Post time 12-8-2021 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Jim Jones adalah seorang reverend atau paderi untuk gereja yang diasaskan olehnya iaitu People's Temple (dahulu dikenali sebagai Wings of Deliverence, sebelum itu dinamakan Community of Unity Church). Dia dilahirkan pada 1931 di Indiana, Amerika Syarikat. Dia berkahwin dengan Marceline yang juga merupakan ahli gereja itu. Mereka mempunyai 9 orang anak, sebahagiannya adalah anak angkat daripada pelbagai kaum. Ini menunjukkan bahawa Jim Jones adalah seorang yang sukakan perdamaian antara kaum dan memandang semua orang secara sama rata. Sedari awal lagi, Jones mbidas amalan diskriminasi terhadap kaum Afro-Amerika walaupun bapanya seorang ahli Klu Klax Klan. Corak pemikirannya dipengaruhi oleh fahaman sosialis dan komunis serta mengikuti tokoh-tokoh seperti Karl Max dan Mao Ze Dong. Tetapi mengapakah dia memilih menjadi seorang paderi?

Jones beranggapan bahawa penyebaran idea komunis kepada masyarakat ini boleh dilakukan dengan menyusup masuk ke dalam gereja. Jones secara terang-terangan mengaku kepada orang luar bahawa sebenarnya dia adalah seorang atheist dan mengutuk Kitab Injil sebagai satu 'berhala kertas'. Ini diakui sendiri oleh isterinya, Marceline yang mengatakan Jones menggunakan agama untuk mengeluarkan manusia daripada kemabukan beragama. Lalu dia memulakan karier sebagai Pastor Pelajar di Gereja Methodist Sommerset Southside di Indianapolis, Indiana pada 1955. Dia bimbang jika pemikiran Marxism atau komunisnya itu akan dibidas oleh pihak gereja. Namun dia terkejut kerana yang menerimanya masuk ke dalam gereja itu adalah seorang Supritenden Methodist. Rupanya, supritendan itu juga mempunyai ideologi yamg sama dengan Jones. Namun dia meninggalkan gereja tersebut kerana gereja itu menghalang keahlian orang Afro-Amerika.

Pada tahun 1954, dia mengasaskan gerejanya sendiri setelah menyewa sebuah bangunan yang diberi nama Wings of Deliverence di Indianapolis. Gereja tersebut kemudian ditukar nama menjadi Community of Church sebelum diberi lagi nama baru iaitu People's Temple. Gereja atau pertubuhan ini menggabungkan elemen 'ajaran Kristian' dan fahaman komunis-sosialis. Gereja ini meraikan keahlian daripada pelbagai kaum termasuk Afro-Amerika yang sering didiskriminasi.  Maka dengan itu, ahli gerejanya adalah kebanyakan daripada golongan orang berkulit hitam. Keahlian semakin bertambah dengan gaya ceramah Jones yang bersemangat dan berkarisma. Ditambah pula Jones mendakwa yang dia boleh menyembuhkan segala penyakit. Setiap minggu, dia akan membuat persembahan rawatan secara terang-terangan di hadapan para pengikutnya. Walaubagaimanapun, itu semua hanyalah lakonan yang dibuat Jones dan pekerjanya untuk membuatkan orang ramai percaya kepada 'kebolehan' Jones itu. Jones digelar "Father" kerana para pengikutnya mempercayai bahawa dia adalah juruselamat mereka di kala dunia mengamalkan diskriminasi kaum yang melampau.

Jones menggalakkan atau menggesa ahli-ahli gereja untuk menyerahkan harta benda kepada gereja demi kemaslahatan ummah. Mereka juga diminta untuk meraikan Sambutan Thanksgiving dan Krismas bersama-sama ahli People's Temple dan bukannya keluarga sendiri. Ini adalah untuk memupuk semangat setia serta menunjukkan komitmen yang sepenuhnya kepada gereja. Ajaran Jones ini seolah-olah mengasingkan ahli gereja dengan keluarga sendiri.

Untuk membina populariti gereja dan dirinya, dia dan gerejanya melakukan banyak kerja amal seperti membuka 'soup kitchen' yang mengagihkan 2800 pek makanan setiap bulan. Gerejanya juga membayar sewa rumah kepada orang miskin, arang ketika musim sejuk, pemberiaan makanan dalam tin secara percuma dan pemberian baju. Jones juga sering membawa ahli gerejanya menonton wayang untuk menghiburkan mereka terutama orang kulit hitam. Ini kerana kaum Afro-Amerika sering dihalang daripada menikmati hiburan di tempat awam ketika itu. Dengan kerja-kerja kebajikan tersebut, dia dilantik menjadi ahli dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indianapolis.

Sekitar tahun 1960an, Jones memindahkan gerejanya ke California kerana mendapat alamat dalam mimpi yang Indiana dan Chicago akan diserang dengan bom nuklear pada tahun 1961. Di California, Jones berjaya membuka 7 cawangan People's Temple seperti di Los Angeles, Secramento, Bakersfield dan ibu pejabatnya iaitu di San Francisco. Pada ketika ini juga dia membina jaringan persahabatan dengan beberapa ahli politik berhaluan kiri. Gereja People's Temple mendakwa bahawa jumlah pengikutnya adalah seramai 20,000 orang walaupun anggaran sebenar ahli adalah sekitar 3000-5000 orang sahaja.

Pada tahun 1965, dia sekali lagi memindahkan gerejanya ke Redwood Valley, California setelah mendapat petanda. Dia dan 140 pengikut pindah ke Redwood Valley iaitu sebuah kawasan yang agak terpencil. Disinilah pada akhir 1968, Jones mengumumkan kepada para pengikutnya bahawa dia mengajarkan konsep komunis dan sosialis dan bukannya ajaran Kitab Injil.Dia mengutuk sekeras-kerasnya ajaran Kitab Injil dan mendakwa ia ditulis untuk membenarkan diskriminasi terhadap kaum wanita dan perhambaan orang selain kulit putih. Injil juga hanya mengandungi kepercayaan kepada Tuhan Langit, yang baginya bukanlah tuhan pun. Dia mengajarkan prinsip ketuhanan adalah kasih-sayang dan kasih-sayang adalah fahaman sosialis.

[bersambung]

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihkan
Iols ada tengok juga dokumentari dia neh..
Tengok orang yang meninggal semua tu..aduhai

Kesiannyaa...dgn budak2 lagi
Isk..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg teruk pengakhiran cerita dia ni..ade a few movies yg inspired from him kn
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada title movie tu boleh share tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
alaaa.. ada sambungan pulak. menarik kisah dia tapi first time aku baca. Tak sabar nak tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
whimsicalmusic replied at 12-8-2021 04:26 PM
Mmg teruk pengakhiran cerita dia ni..ade a few movies yg inspired from him kn

Betul. Pengikut heols sangat gullible, tambah pulak deols golongan yang didiskriminasi. Ingatkan dah selanat, ropanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-8-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AnnaSendin at 12-8-2021 07:14 PM
Cahya669 replied at 12-8-2021 04:51 PM
Kalau ada title movie tu boleh share tak?


Guyana Tragedy: The Story of Jim Jones (1980)
Banyak movie based on trajedi nieyh tapi yang nieyh paling best sebab pelakon memang hayati watak gittuew. Memang jadi watak jim giler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
papadomku replied at 12-8-2021 06:10 PM
alaaa.. ada sambungan pulak. menarik kisah dia tapi first time aku baca. Tak sabar nak tunggu sambun ...

Stay tuned! Tibehh! Iols nak habiskan semalam dalam satu thread tapi kepala iols dah fenin ting tong gittuew. Lagipun thread panjang naw. Malam nieyh iols sambung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
whimsicalmusic replied at 12-8-2021 04:26 PM
Mmg teruk pengakhiran cerita dia ni..ade a few movies yg inspired from him kn

Betul. Iols ada tengok 1 movie ni, hero watak jim nieyh memang komited habis. Gaya, ropa, cara bercakap sebijik jim giler.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua cult ada ciri sama..
1. Pengikut dikalangan org yg tertindas/susah
2. Jauhkan pengikut dari ahli keluarga
3. Pemimpin nampak seperti penyelamat walaupun sebenarnya dajei
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-8-2021 08:39 PM
Semua cult ada ciri sama..
1. Pengikut dikalangan org yg tertindas/susah
2. Jauhkan pengikut dari ...

Ala2 suchi murni gittuew padahal...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:00 PM | Show all posts
Menarik...parking sini...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 12-8-2021 08:52 PM
Ala2 suchi murni gittuew padahal...

Muahahaha.. Sabarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
I tunggu sambungannya ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:35 PM | Show all posts
Seriously best documentary dia...Kesian ahli kongress yang tak sempat naik kapal terbang tu...tapi ada jugak anak angkat Jim Jones yang terselamat sebab masa tu diorang pergi pertandingan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 12-8-2021 07:12 PM
Guyana Tragedy: The Story of Jim Jones (1980)
Banyak movie based on trajedi nieyh tapi yang nie ...

Yeay! Thanks for sharing!
Love love
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik ni..at last ada jugak benda yang best utk dibaca...dah tingtong kepala meols ni asik la baca berita yg hakikatnya sama berulang2.

Good job tt. Meols tunggu sambungannya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
AnnaSendin replied at 12-8-2021 07:12 PM
Guyana Tragedy: The Story of Jim Jones (1980)
Banyak movie based on trajedi nieyh tapi yang nie ...

Wah 3 jam kat utube? Gulpppp
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
netflix ada ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cahya669 replied at 12-8-2021 10:00 PM
Yeay! Thanks for sharing!
Love love

Welkem. Love uols back!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.108170 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list