CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1717|Reply: 0

Shahr-e Naw, Puan Berdarah Putih & Sulalatus Salatin

[Copy link]
Post time 17-8-2021 10:23 PM | Show all posts |Read mode


Shahr-e Naw, Puan Berdarah Putih & Sulalatus Salatin

Sebelum Ayutthaya dikuasai gabenor orang Thai yang kemudiannya lantik diri jadi raja, ia adalah Ayodhya, kota baharu bagi kerajaan Lavo. Sebab itu ia disebut sebagai Shahrun Nuwi dalam Sulalatus Salatin, mengikut gelaran orang-orang dari Asia Barat itu yang berdagang dengan negeri Lawapuri. Dulu ibukota kerajaan Lavo letaknya di tengah Siam, sekitar Lopburi sekarang di Thailand.

Lepas raja dia pindah ibukotanya ke selatan sebab serangan kerajaan Pagan, maka itulah dipanggil para pedagang dari Asia Barat sebagai 'Shahr-e Naw' bermaksud 'Kota Baharu' dalam bahasa Parsi Dari atau Parsi Timur.

Okay, kira-kira 903 Masehi, raja Tambralinga langgar negeri Lawapuri. Kemudian raja Tambralinga letakkan puteranya mentadbir Lawapuri. Maka kerajaan itu jadi kerajaan Tambralinga-Lavo.

(Ada tulisan yang menyatakan putera Tambralinga ini kemudiannya berkahwin dengan puteri Khmer dan kemudiannya melahirkan Suryavarman I, raja Angkor)

Maka kisah Puan Berdarah Putih dalam koleksi Riwayat Nagara Sri Dharmaraja dan Riwayat Negeri Bedelung itu terjadi di zaman ini, bukan zaman Ayutthaya yang bermula abad ke-14. Dalam riwayat yang menceritakan kisah ini, Puan Berdarah Putih dan suaminya telah mendirikan biara sekitar 949 Masehi. Ketika ini, Ramathibodi I, raja pertama Ayutthaya masih di alam roh. Suku-suku Tai masih di utara sempadan China, masih di era legenda Khun Borom.



Maka raja di Ayodhya yang berkuasa ketika itu kemungkinan masih berdarah Mon atau; oleh kerana raja Tambralinga sudah menakluk Lavo dan lantik anaknya jadi raja Lavo, maka raja Ayodhya ketika itu adalah bersalasilah raja Melayu Tambralinga/Legur.

Oleh kerana pengkaji Thailand dan Eropah bersepakat menyatakan elemen 'gadis berdarah putih' ini adalah elemen yang unik dan hanya dijumpai dalam kesusasteraan Dunia Melayu, maka salasilah orang berdarah putih dalam Hikayat Patani yakni keturunan Nang Mahaseri cenderung memiliki kesan pengaruh dari zaman Ayodhya diperintah oleh raja-raja Tambralinga-Lavo.

Lihat, Sulalatus Salatin petik kata "Shahrun Nuwi" sahaja, ia mampu menerokai pelbagai rahsia zaman silam. Sebab itu Prof. John Miksic baca kalimat-kalimat dalam karya agung Melayu itu dan snap! Kerajaan Singapura Purba depan mata.

Kini khabarnya Prof. Mokhtar Saidin yang menerajui penemuan Tamadun Sungai Batu sudah bersara, adakah kita masih ada mana-mana profesor Melayu yang berkelayakan menyambung legasinya, boleh buat kerja di lapangan atau hanya termampu membawakan repekan demi repekan dari dalam bilik aircond yang menghina akal anak-anak Melayu di zaman nano dan kuantum ini?





Nota: garis putus-putus itu adalah wilayah pengaruh Srivijaya ditandakan dengan penemuan Prasasti Ligor.


~Srikandi
Bidasari Temenggor Amarawangsa
*files: http://goo.gl/eInJzI


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061434 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list