View: 720|Reply: 1
|
Misi Bingtian belum selesai
[Copy link]
|
|
Beijing: Bintang trek, Su Bingtian mencipta pencapaian sensasi di Olimpik Tokyo apabila mencatat masa peribadi terbaik di separuh akhir untuk muncul atlet pertama China beraksi di final 100 meter.
Bingtian memecah rekod Asia dengan catatan 9.83 saat dan mara ke final sebagai pelari kedua terpantas namun gagal mengekalkan momentum apabila hanya menduduki tempat keenam.
Acara 100 meter akhir membabitkan Bingtian paling ramai ditonton di stesyen penyiar China, BBC. Walaupun berusia 33 tahun bulan ini, dia yakin masih mampu mencipta banyak lagi kejayaan.
"Sama ada karier saya sudah sampai di kemuncak, saya tak pasti. Tapi misi saya belum selesai. Saya masih mahu menjadi pencabar akan datang,'' kata Bingtian kepada CCTV.
Dia akan berusia 35 tahun ketika Olimpik Paris 2024 yang boleh dianggap lewat bagi jaguh pecut.
Bagaimanapun, Justin Gatlin menang perak di Rio pada usia 34 tahun dan muncul atlet nombor satu dunia ketika berusia 39 tahun menjelang Olimpik Tokyo. Mungkinkah Bingtian mengikuti langkah sama di Paris?
"Tiada jaminan lagi. Pelan saya untuk terus berlumba setahun lagi dan selepas itu kita lihat apa yang boleh saya lakukan. Jika saya mampu berlari di kejohanan elit 2023, saya rasa boleh mencuba Olimpik Paris 2024. Namun jika saya gagal mencatat masa dikehendaki, saya sama sekali tidak akan kesal.''
Buat masa ini, Bingtian sudah menetapkan perancangannya. ''Anda tidak akan tahu sama anda akan menjadi lebih baik atau tidak sehinggalah anda bertanding. Sekarang saya berjaya mencipta masa peribadi terbaik, jadi saya yakin masih ada ruang untuk peningkatan dan tiada had untuk atlet Asia,'' kata Bingtian.
Raja pecut Asia itu dijangka menyertai Sukan Kebangsaan China bulan depan.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BINGTIAN catat rekod baharu Asia di Tokyo. FOTO Xinhua |
|
|
|
|
|
|
| |
|