CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 1

Paralimpik Tokyo: Kini giliran atlet para berjuang demi negara

[Copy link]
Post time 20-8-2021 07:26 AM | Show all posts |Read mode
SELEPAS lebih 10 hari Sukan Olimpik melabuhkan tirai, kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 September ini.

Kumpulan pertama terdiri daripada dua pegawai dan lima atlet berbasikal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini ke negara matahari terbit itu pagi tadi (Khamis).

Sementara, kumpulan kedua 15 individu diketuai Ketua Kontinjen Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bersama skuad renang, ping pong, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah serta staf Institut Sukan Negara (ISN) dijadual berlepas menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 9118 pada 10.50 malam ini.

Majlis perlepasan dengan kibaran Jalur Gemilang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) MSN Suhardi Alias di Balai Pelepasan, di sini.

"Kami akan melakukan yang terbaik sebaik tiba di Tokyo. Setakat ini, tak ada apa-apa simptom atau ‘break down’ atau kemurungan, insya-Allah semua okay. Kita akan menjalani ujian air liur sejurus sampai di sana dan pada setiap hari sepanjang berada di sana.

"Saya juga dah ingatkan kepada atlet, semua orang melalui liku-liku yang sama ketika berada di gelanggang tanpa kejohanan dan persaingan, anda juga sama...jadi tiada sebab nak katakan tidak bersedialah, tidak cukup pertandingan,” kata Megat ketika ditemui pemberita.

Kumpulan terbesar sejumlah 28 atlet dan pegawai terdiri daripada skuad memanah, olahraga, boccia, powerlifting, tenis berkerusi roda dan pegawai ISN dijadual berlepas Sabtu ini, manakala skuad badminton seramai tiga orang akan bertolak pada Selasa.

Malaysia akan diwakili 22 atlet para dalam sembilan jenis sukan pada Paralimpik kali ini, selepas berjaya meraih tiga pingat emas dan sebutir gangsa, kesemuanya menerusi olahraga pada edisi lepas di Rio 2016, yang juga merupakan pencapaian terbaik kontinjen Malaysia di temasya itu sejak 1972.

Bagi edisi kali ini, kontinjen negara diletakkan sasaran untuk membawa pulang tiga pingat emas.

Bernama akan membuat liputan dan menyalurkan perkembangan terkini aksi wira dan wirawati negara dari Tokyo sepanjang temasya sukan itu berlangsung.

Senarai atlet Malaysia ke Paralimpik Tokyo 2020:

Olahraga: Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee; Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin

Berbasikal: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais; Nurul Suhada Zainal

Renang: Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli; Jamery Siga

Memanah: S. Suresh; Wiro Julin

Badminton: Cheah Liek Hou; Didin Terasoh

Boccia: Chew Wei Lun

Powerlifting: Bonnie Bunyau Gustin; Jong Yee Khie

Ping Pong: Chee Chaoming

Tenis Kerusi Roda: Abu Samah Borhan. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... erjuang-demi-negara
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2021 07:28 AM | Show all posts

Kakitangan Malaysia Airlines membantu atlet para melancarkan proses pemeriksaan di kaunter berlepas KLIA sebelum berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - Foto Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.046507 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list