CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 0

[Kedah] JKN Kedah kenal pasti 33 pesakit Covid-19 mangsa banjir di Yan

[Copy link]
Post time 20-8-2021 09:09 AM | Show all posts |Read mode


JKN Kedah kenal pasti 33 pesakit Covid-19 mangsa banjir di Yan
| | 19 Ogos 2021


Suasana sekitar Pusat Peranginan Alang Kenari yang terjejas dalam kejadian banjir akibat insiden kepala air di kawasan Titi Hayun. -Foto Bernama


ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengenal pasti dan menguruskan 33 mangsa banjir di daerah Yan yang positif COVID-19 kategori satu dan dua, yang menjalani kuarantin di rumah.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata daripada jumlah itu, tiga orang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani manakala 14 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani.


"Lapan mangsa yang positif kekal di rumah dan berada dalam keadaan stabil manakala empat orang akan tamat tempoh kuarantin esok.

"Empat mangsa pula menolak kemasukan ke PKRC, dan akan mendapatkan rawatan di rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beberapa kawasan di daerah Yan terjejas akibat banjir yang berlaku disebabkan fenomena kepala air dalam kejadian petang semalam, yang setakat ini mengorbankan empat nyawa sementara dua masih hilang. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... angsa-banjir-di-Yan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 1.011367 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list