|
Susulan peningkatan kes COVID-19 pada hari ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengambil keputusan untuk memperketatkan Garis Panduan (SOP) sedia ada untuk Zon Selatan (Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Lundu, Daerah Samarahan, Daerah Asajaya, Daerah Simunjan, Daerah Serian dan Daerah Tebedu), selama satu (1) minggu.
Antara SOP yang akan dilaksanakan adalah:
i. ‘Dine-in’ adalah TIDAK DIBENARKAN.
ii. Tempoh operasi perniagaan dipendekkan: 5.00 pagi sehingga 8.00 malam.
iii. Individu / Kumpulan individu TIDAK DIBENARKAN berada di kawasan awam selepas jam 10.00 malam tanpa alasan yang munasabah.
Garis Panduan (SOP) ini akan berkuatkuasa mulai 22 Ogos 2021 (12.01 pagi) sehingga 29 Ogos 2021 (11.59 malam).
Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
20 OGOS 2021
5.30 PETANG
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|