CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 1

'Saya mahu menang pingat'

[Copy link]
Post time 20-8-2021 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Saya datang ke Tokyo hanya untuk menang."

Itu keyakinan yang ditampilkan pelumba basikal trek Paralimpik negara, Muhammad Hafiz Jamali apabila meletak sasaran untuk mengenggam pingat pada temasya Paralimpik Tokyo 2020.

Bukannya mahu terlalu yakin, namun impian dan cita-cita itu boleh dikatakan menjadi azimat buat pelumba berkenaan supaya memberikan persembahan terbaik pada acara lumba basikal trek.

Hafiz berkata, walaupun kali pertama menyertai temasya itu, namun berdasarkan latihan dan persediaan dilakukan sebelum ini, dia mampu mempamerkan aksi cemerlang sekali gus memberi kejutan pada pelumba lain.

"Saya datang ke sini (Tokyo) dengan matlamat untuk mencapai sesuatu iaitu bawa pulang pingat untuk negara.

"Ketika ini tiada tekanan dirasai cuma biasalah perlu menjalani latihan dengan keadaan norma baharu namun itu semua cabaran atau pengalaman yang perlu dilalui sebagai atlet.

"Segala persiapan sudah dilakukan sekali gus kurang gementar walaupun ini adalah kali pertama beraksi di temasya terbesar dunia," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, kontinjen negara ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 diletakkan sasaran untuk memenangi tiga pingat emas sekali gus mengulangi pencapaian dilakar lima tahun lalu di Paralimpik Rio 2016.

Lima atlet iaitu dua atlet olahraga, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly selain pemain badmiton para, Cheah Leik Hou, atlet memanah, S Suresh dan atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin antara yang dilihat berpotensi bagi merealisasikan sasaran berkenaan di Tokyo nanti.

Pada edisi Rio 2016, kontinjen para negara berjaya membawa pulang tiga emas dan satu gangsa.

Emas disumbangkan Ziyad dalam acara lontar peluru (T20/F20), Abdul Latif (lompat jauh T20/F20) dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100 meter T36/F36) manakala gangsa diraih Siti Radiah Ismail (lompat jauh wanita T20/F20).

Seramai 22 atlet termasuk empat alet wanita akan menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo yang bermula 24 Ogos hingga 5 September ini.

Sebagai rekod, Malaysia yang mengambil bahagian pada Sukan Paralimpik sejak 1972 dan sudah mengumpul 11 pingat iaitu tiga emas, dua perak dan enam gangsa.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2021 08:46 PM | Show all posts

MUHAMMAD Hafiz Jamali. FOTO Hazreen Mohamad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.088497 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list